Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi perkembangan anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal yang sudah pandai membaca beberapa surah lazim yang terkandung dalam al-Quran.
Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia dan suami Haris Ismail tidak pernah mengajar mahupun memaksa anaknya itu membaca al-Quran.
Namun menganggap itu sebagai satu kelebihan dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
"Alhamdulillah. Sebenarnya saya anggap itu adalah rezeki dari Allah, Bilal memang minat dengan bacaan Quran."
"Saya dan suami tidak pernah suruh atau paksa untuk baca. Memang dari kecil, kalau ada sesiapa yang baca Quran dalam rumah, Bilal akan datang dekat dan dengar.
"Budak kecil kan senang ingat dan ikut, antara surah yang di ingat beberapa surah lazim pada juzuk 30. Antara surah yang dia suka ulang, wal asr dan banyak lagi."
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Neelofa mendedahkan dia dan Haris berasa terkejut apabila Bilal juga sudah boleh mengingati ayat awal dalam surah Yasin.
"Yang paling saya dan suami paling terkejut baru-baru ini dia ingat beberapa ayat awal dalam surah Yasin."
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.
benda normal je tu lofa oiii..budak 3 tahun sekarang pergi playschool bukan setakat surah lazim je dah hafal solat pun dah pandai..bacaan dalam solat semua hafal..benda normal je untuk budak2 zaman sekarang