CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7753|Reply: 0

Mereka menghukum kami - Pochettino

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode

CHELSEA terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri menentang Sheffield United. -FOTO Reuters

London: Selepas menunjukkan tanda-tanda kebangkitan hasil kemenangan penuh sensasi pada minit terakhir menentang Manchester United, Chelsea hari ini kehilangan mata kepada pasukan yang bergelut di zon penyingkiran, Sheffield United.

Thiago Silva, kembali bersama barisan Chelsea, menjaringkan gol pertama untuk Blues, tetapi pertahanan kanan Sheffield United, Jayden Bogle menyamakan kedudukan.

Cole Palmer membantu gol Noni Madueke sebelum pemain utama mereka, Palmer, diturunkan, walaupun Mauricio Pochettino menjelaskan ia bukan disebabkan kecederaan.

Dan pada minit-minit terakhir, Oli McBurnie menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah meraih satu mata berharga.


Pochettino mengkritik kegagalan pasukannya mengekalkan kawalan bersih dan membayangkan mereka bergelut dengan tahap fizikal apabila berdepan lawan di kedudukan lebih rendah, selepas turut seri 2-2 dengan Burnley di Stamford Bridge.

"Pasukan tidak menunjukkan keinginan untuk menjadi lebih padu dalam beberapa bulan terakhir. Kami menjaring gol tetapi kami juga memberi gol dan itulah sebabnya mereka (pelbagai lawan) menghukum kami."

Pasukan di kedudukan tercorot liga Sheffield United, dikatakan patut memperoleh tiga mata.

Bercakap selepas perlawanan Pochettino berkata: "Keputusan seri hari ini adalah keputusan yang adil, ia betul. Ini pasukan baharu dan kami sedang belajar.

"Proses sentiasa mengambil masa. Ia bukan perkara ajaib. Ia satu projek, proses tiga atau lima tahun untuk membina pasukan."

Chelsea kini berada di tempat kesembilan, ketinggalan lima mata dari Manchester United yang menghuni kedudukan keenam.

Sheffield United masih lagi berada di kelompok zon penyingkiran, tiga mata di belakang tempat ke-19 Burnley, dan sembilan mata dari zon selamat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kum-kami-pochettino
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.179216 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list