CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4228|Reply: 0

Colorado ikat Messi, Miami

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Inter Miami, Lionel Messi (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Colorado Rapids pada aksi MLS di Stadium Chase, Fort Lauderdale, Florida pagi tadi. – Foto REUTERS

FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Lionel Messi menyumbat gol selepas hadir dari bangku simpanan namun pasukannya Inter Miami diikat seri 1-1 oleh Colorado Rapids dalam aksi Major League Soccer pagi tadi.

Bintang Argentina itu tidak beraksi hampir sebulan kerana kecederaan hamstring, terlepas empat perlawanan terakhir, namun dinamakan dalam kalangan pemain simpanan bagi aksi di laman sendiri.

Messi terlepas aksi ketika kalah 2-1 di tangan kelab Mexico, Monterrey pada suku akhir pertama Piala Juara-Juara CONCACAF Rabu lalu dan dengan aksi timbal balik minggu depan, jurulatih Inter, Gerardo Martino menggilirkan skuadnya.

Martino menurunkan pasukan kedua dengan bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Luis Suarez, Sergio Busquets dan Jordi Alba turut berada di bangku simpanan.


Kesebelasan remaja itu kelihatan selesa tanpa sering kali diancam tetapi ketinggalan pada minit terakhir babak pertama apabila Ryan Sailor melakukan terjahan keras ke aras penyerang Colorado dari Perancis, Kevin Cabral.



Penyerang Inter Miami, Lionel Messi (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Colorado Rapids pada aksi MLS di Stadium Chase, Fort Lauderdale, Florida pagi tadi. – Foto AFP

Penyerang Rapids dari Brazil, Rafael Navarro merembat masuk sepakan penalti untuk memberikan Colorado pendahuluan 1-0 ketika rehat.

Messi dibawa masuk selepas rehat dan pantas melakukan impak berkesan.

Selepas hanya 12 minit di tengah padang, pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu menyamakan kedudukan buat Miami apabila dia menampan masuk hantaran leret Franco Negri dari kiri.

Busquets kemudian masuk dan Miami mendahului selepas sejam – Messi meluru dari bahagian tengah, mengumpan kepada David Ruiz di sayap kanan dan hantaran silangnya tenang disudahkan oleh Leonardo Afonso.

Namun gol ketiga tidak hadir dan Miami dihukum pada minit ke-88 apabila Calvin Harris mengetuai serangan balas pantas di sayap kanan dan menemui Cole Bassett yang merembat masuk gol penyamaan.

Ketika Miami kecewa keciciran dua mata daripada genggaman, kembalinya Messi satu dorongan buat Martino menjelang kunjungan ke Monterrey.

"Apa yang Leo lakukan biasa baginya, apa yang dia provokasi dalam pasukan kami, dalam kalangan rakan sepasukannya, terhadap penonton. Paling penting dia berasa selesa, dia berasa bagus," kata jurulatih itu. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... do-ikat-messi-miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050232 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list