CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13129|Reply: 5

[Dunia] New York bayar AS$17.5 juta kerana paksa wanita Islam tanggal hijab​

[Copy link]
Post time 7-4-2024 07:58 AM | Show all posts |Read mode
New York bayar AS$17.5 juta kerana paksa wanita Islam tanggal hijab​April 6, 2024 @ 7:39am


Jamilla Clark (kiri) dan Arwa Aziz, yang menang bayaran penyelesaian daripada Jabatan Polis New York (NYPD), Amerika Syarikat (AS). - Foto AGENSI


NEW YORK: Bandar Raya New York bersetuju membayar AS$17.5 juta (RM82.7 juta) bagi menyelesaikan tuntutan mahkamah difailkan dua wanita yang dipaksa menanggalkan hijab atau tudung sebelum polis mengambil gambar wajah mereka bagi rekod tahanan.

Penyelesaian kewangan yang difailkan semalam itu masih memerlukan kelulusan Hakim Analisa Torres dari Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) untuk Daerah Selatan New York.

Ini adalah perkembangan terbaru dalam tuntutan mahkamah difailkan pada 2018 oleh dua wanita Islam, Jamilla Clark dan Arwa Aziz, yang malu kerana rasa 'terdedah' dengan tindakan pegawai polis.

"Apabila mereka memaksa saya menanggalkan tudung, saya rasa seolah-olah berbogel. " Saya tidak pasti sama ada kata-kata boleh menterjemahkan sejauh mana saya rasa terdedah, dicabuli.


"Namun, saya sangat berbangga hari ini kerana berjaya memainkan peranan bagi mendapatkan keadilan untuk beribu-ribu warga New York," kata Clark dalam satu kenyataan.

Sebagai tindak balas kepada tuntutan mahkamah itu, Jabatan Polis pada 2020 menukar dasar untuk membenarkan penganut agama bergambar memakai tudung atau penutup kepala, selagi ia tidak menutup wajah mereka.

Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap Jabatan Undang-undang bandar itu, Nicholas Paolucci, berkata tuntutan mahkamah itu 'menghasilkan pembaharuan positif untuk NYPD'.

"Perjanjian itu dengan teliti mengimbangi keperluan jabatan menghormati kepercayaan agama yang dipegang teguh dengan keperluan penguatkuasaan undang-undang bagi pengambilan gambar wajah sebagai rekod penahanan.

"Resolusi ini adalah demi kepentingan semua pihak," katanya.
Tuntutan penyelesaian itu, yang berjumlah lebih AS$13 juta (RM61.4 juta) selepas ditolak kos pentadbiran dan yuran peguam, akan dibahagikan dalam kalangan ribuan mangsa lain yang melalui pengalaman sama dan dijangka layak memfailkan tuntutan.

Sebelum ini, Clark, yang ditahan kerana melanggar perintah perlindungan di Manhattan pada 2017, menangis dan merayu untuk memakai semula tudungnya semasa berdiri di Ibu Pejabat Polis di One Police Plaza dengan tudung terlondeh ke bahunya, menurut aduan.

Aziz, yang juga ditahan kerana melanggar perintah perlindungan, berkata dia mengalami pengalaman sama lapan bulan kemudian, apabila ditangkap di Brooklyn.

Dia menangis teresak-esak sambil berdiri tanpa bertudung membelakangi dinding, dengan dilihat kira-kira 12 pegawai NYPD lelaki dan lebih daripada 30 banduan lelaki.

Peguam, Andrew F Wilson, yang mewakili wanita itu berkata, memaksa seseorang untuk menanggalkan pakaian agama mereka bagi memenuhi tuntutan agama adalah seperti membogelkan mereka," katanya. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2024/04/1232291/new-york-bayar-as175-juta-kerana-paksa-wanita-islam-tanggal-hijab







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 09:13 AM | Show all posts
good job!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat jenayah tidak malu.... Apa mahu jadi lah... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Climate macam New York, Manhattan tu sesuai pakai tudung.

Sepatutnya semua orang sana diwajibkan pakai tudung sebab climate sangat sejuk.

Memang terasa terbogel kalau dah biasa pakai di kawasan climate macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 03:44 PM | Show all posts
Untuk gambar Visa ke US, pakai spek pun tak boleh. Senyum pun tak boleh. Aku faham why is it so sebab benda ni boleh digunakan penjenayah untuk penyamaran. Dan aku juga percaya polis mereka tidak faham kenapa it's such a big deal buka tudung ja pun.

Harap the american dah semakin faham who they are dealing with dan belajar dari kesilapan eropah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak ceria tudung colourful.


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053320 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list