CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5728|Reply: 0

[Dunia] Kesedihan, tekanan menyelubungi umat Islam Palestin pada malam Lailatul Qadar

[Copy link]
Post time 6-4-2024 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Kesedihan, tekanan menyelubungi umat Islam Palestin pada malam Lailatul Qadar

https://www.bharian.com.my/dunia ... pada-malam-lailatul

April 6, 2024 @ 9:55am


Wanita menunaikan solat pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadan di perkarangan Masjid Al-Aqsa. - Foto REUTERS


Orang ramai menyertai bantahan sebagai tanda solidariti bersama penduduk Gaza, di perkarangan Masjid Al-Aqsa sempena Lailatul Qadar pada bulan ramadan. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Umat Islam Palestin menyambut ketibaan Jumaat terakhir bulan Ramadan dalam suasana sedih dan tertekan di sini, dengan pergelutan kecil antara jemaah dan polis Israel berkawal di pintu masuk Masjid Al-Aqsa.

Tentera Israel bertindak menyemburkan gas pemedih mata menggunakan dron semalam, ketika umat Islam Palestin ingin menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa, tempat ketiga paling suci dalam Islam.

Namun, lebih 120,000 jemaah mengunjungi masjid di bandar lama Baitulmaqdis itu, dengan dorongan daripada Mufti Besar Muhammad Ahmad Hussein, yang menggesa umat Islam bertabah menunaikan tuntutan agama di tengah kawalan polis Israel yang besar kerana perang di Gaza.

Penduduk Baitulmaqdis, Adli al-Agha, 53, berkata ramai yang terpaksa meninggalkan solat subuh sambil melaungkan `Allahu Akbar' (Allah Maha Besar) akibat serangan gas pemedih mata oleh polis dan tentera Israel menggunakan dron.

"Dengan jiwa kami, dengan darah kami, kami berkorban untukmu Al-Aqsa," katanya.

Dilaporkan sedikit ketegangan berlaku apabila kira-kira 120,000 penduduk yang ingin menunaikan solat bergelut dengan polis Israel yang mengawal pintu masuk ke masjid berkenaan, pada hari ramai umat Islam menantikan malam istimewa, Lailatul Qadar.

Polis Israel berkata, mereka menahan lapan orang atas tuduhan menghasut melakukan keganasan.

Yasser Basha, dari Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki Israel berkata, polis mengehadkan hanya orang tua iaitu lelaki berusia lebih 55 tahun dan perempuan lebih 50 tahun serta dan golongan sangat muda dibenarkan melalui pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa.

"Jika bukan kerana perang ini, urusan menunaikan solat akan menjadi lebih mudah," katanya.

Semalam adalah antara hari yang dinantikan umat Islam sejagat iaitu berkemungkinan berlaku malam Lailatul Qadar, kemuncak kerohanian bagi bulan suci umat Islam, yang memperingati saat malaikat Jibrail pertama kali menampakkan diri kepada Nabi Muhammad dan mula menurunkan Al-Quran.

Ia adalah malam di mana umat Islam percaya doa mereka akan dimakbulkan dan pada malam itu juga mereka akan berjaga hingga larut malam untuk beribadah.

Pada tahun-tahun sebelumnya, suasana minggu terakhir Ramadan di Gaza umpama berpesta dengan kanak-kanak bermain sehingga lewat malam dan kedai kekal dibuka sehingga awal pagi.

Kebiasaannya penduduk Palestin akan meraikan malam itu dengan beribadah, namun suasana tidak seperti dulu, tidak banyak hiasan atau lampu sempena Ramadan di Baitulmaqdis, sebaliknya mereka mendoakan perang di Gaza tamat segera.

Tahun ini, penduduk setempat meminum kopi pahit dan makan kurma, suatu amalan tradisi menandakan mereka berkabung setiap Selasa dan Rabu, berbanding majlis keraian yang lazimnya diadakan. - AFP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.446262 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list