CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5300|Reply: 2

[Dunia] 9 maut, 50 hilang akibat gempa bumi terkuat Taiwan dalam 25 tahun

[Copy link]
Post time 4-4-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-4-2024 06:47 PM

9 maut, 50 hilang akibat gempa bumi terkuat Taiwan dalam 25 tahunApril 4, 2024 @ 12:59am


Pasukan penyelamat dan anggota Jabatan Bomba Hualien mencari mangsa yang terselamat di sebuah bangunan yang rosak di Hualien, selepas gempa bumi besar melanda timur Taiwan. - Foto AFP



HUALIEN: Gempa bumi terbesar dalam tempoh 25 tahun yang melanda Taiwan meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa dan mencederakan lebih 1,000 orang setakat semalam.

Pada masa sama, seramai 50 pekerja yang menaiki bas mini dalam ke sebuah hotel di Taman Negara Taroko Gorge hilang, manakala 80 lagi terperangkap di kawasan perlombongan.

Selain runtuhan tanah besar-besaran, gegaran mengakibatkan beberapa bangunan di daerah pergunungan Hualien condong. Kawasan itu terletak berhampiran pusat gempa bumi berukuran 7.2 yang melanda luar pesisir, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Pada waktu malam, kelihatan beberapa orang bermalam dalam khemah dan tempat perlindungan lain.

Kelihatan juga anggota penyelamat sedang mencari mangsa terperangkap di bawah sisa runtuhan yang dianggap mustahil untuk diselamatkan.

Tentera Taiwan membantu pasukan penyelamat dan anggota Jabatan Bomba Hualien mencari mangsa yang terselamat di sebuah bangunan yang rosak di Hualien, selepas gempa bumi besar melanda timur Taiwan. - Foto AFP




Datuk Bandar Hualien, Hsu Chen-wei, berkata semua penduduk dan perniagaan di bangunan yang berada dalam keadaan bahaya sudah dipindahkan.

Tambahnya, kerja-kerja meroboh sudah bermula membabitkan empat bangunan yang disahkan berbahayadan berisiko runtuh.
Sementara itu, pegawai kaji cuaca memaklumkan bahawa terdapat lebih 50 gegaran susulan direkodkan.

Gempa bumi pada kedalaman 15.5 kilometer (km) berlaku ketika orang ramai sedang menuju ke tempat kerja dan sekolah, mencetuskan amaran tsunami di selatan Jepun dan Filipina yang kemudiannya ditarik balik.

Anggota penyelamat membantu membawa keluar mangsa yang diselamatkan dari runtuhan bangunan di New Taipei City, selepas gempa bumi besar melanda timur Taiwan. - Foto AFP
Video memaparkan anggota penyelamat menggunakan tangga untuk membantu mangsa terperangkap untuk keluar dari tingkap.
Gegaran kuat di Taipei memaksa sistem kereta api bawah tanah ditutup sementara, walaupun ada kebanyakan laluan masih meneruskan perkhidmatan.
Menurut bomba, pihaknya sudah memindahkan kira-kira 70 mangsa yang terperangkap dalam terowong berhampiran bandar Hualien, termasuk dua warga Jerman.
Di lebuh raya yang melalui kawasan pergunungan, terdapat batu besar bertaburan di seberang jalan akibat tanah runtuh.

gambar diedarkan Jabatan Bomba Hualien, Taiwan menunjukkan serpihan runtuhan bangunan selepas gempa bumi besar melanda timur TaiwanThis. - Foto AFP
Mengulas tragedi yang berlaku, Presiden Taiwan, Lai Ching-te, berkata buat masa ini perkara paling mustahak adalah misi untuk menyelamatkan orang ramai.
Bercakap pada sidang media di luar salah sebuah bangunan runtuh di Hualien, Ching-te berkata rangkaian perkhidmatan kereta api di kawasan itu dijangka dibuka hari ini.
Di Filipina, pegawai seismologi memberi amaran kepada penduduk dekat kawasan pantai di beberapa wilayah supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.
Memetik laporan media kerajaan China, gempa sama dilaporkan boleh dirasai di wilayah tenggara Fujian. Seorang saksi memberitahu Reuters yang gegaran turut dirasai di Shanghai. - REUTERS






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
uishhh teruk gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 08:35 PM | Show all posts
innalillahi wa inna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.389088 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list