Sebut sahaja duit raya, tentu ramai yang teruja jika mendapat sekeping sampul yang diisi helaian wang ringgit bukan?
Sama seperti angpau, duit raya diberikan sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih-lebih lagi kepada golongan kanak-kanak sebagai pembakar semangat kepada mereka selepas penat berpuasa selama sebulan.
Meskipun ia tidak mempunyai ketetapan jumlah, namun pemberian ini ibarat pelengkap setiap kali sambutan lebaran ini. Jadi, golongan dewasa sering pergi ke bank berdekatan untuk menukar duit raya menjelang musim perayaan ini.
Tetapi, tahukah anda, sebenarnya duit raya juga boleh ditukar menerusi mesin ATM?
Orang ramai tidak perlu menunggu giliran di kaunter bank untuk urusan ini sebaliknya hanya terus pergi ke mesin ATM dan hanya beberapa minit terus selesai.
SK hari ini akan berkongsikan tip bagaimana ingin menukar duit raya di mesin ATM yang disampaikan oleh pengguna Facebook, Muhd Shukur di bawah.
Mari ikuti perkongsian di bawah.
Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM
Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di mesin ATM.
Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya kongsi cara tukar duit raya;
1. Pergi ke Maybank yang besar sikit (cawangan terplih). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada dua mesin ATM yang boleh tukar duit raya.
2. Pilih ATM yang ada signage gambar ketiga orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti gambar).
3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah wang kertas RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.
4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping wang kertas RM 10 yang baru, kena buat dua kali.
Post time 4-4-2024 05:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 4-4-2024 06:05 AM
noor2 replied at 4-4-2024 05:50 AM
Singgit x de ke....x maula rm10...bnyk sgt nk bg bebudak
Duit polimer RM5 dan RM1 tak boleh letak dalam mesin ATM machine, nanti dakwat tak melekat
Memang automatik, mesin ATM machine yang diceroboh akan ditumpahkan dakwat dekat semua duit kertas
The Ink-staining technology is a series of high-tech measures installed in ATMs and CRTs to effectively deter robbery attacks or any brute force attempts to steal money from these machines. Once an attack is detected, for example drilling, oxy-torching, explosion and carting – the IST will immediately be activated. All the banknotes in the machine will be stained with an indelible security ink.
The staining would make the banknotes identifiable as stolen and rendering such stained notes as totally valueless and not legal tender.
Sebab tu Bank Negara Malaysia hanya buatkan duit polymer untuk note RM1 dengan RM5 jah, sebab dakwat mesin ATM machine takkan melekat dekat polymer plastik. Itu pasal kita tak boleh withdraw note RM1 dengan RM5 daripada mesin ATM machine.