CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3487|Reply: 0

[Selangor] 5 sahabat tunggang motosikal ala 'superman' ditahan

[Copy link]
Post time 3-4-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

SHAH ALAM: Lima sahabat yang berlumba dengan melakukan aksi 'superman' ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Baru Lembah Klang, di sini, ditahan pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata semua lelaki terbabit ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang diadakan bermula jam 11 malam hingga jam 5 pagi.

"Dalam operasi ini, JSPT menahan lima penunggang motosikal yang melakukan kesalahan menunggang dengan cara meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kaki ke belakang (gaya superman).

"Mereka melakukan aksi itu dengan alasan sekadar bersuka-suka ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai makan di sini ke rumah masing-masing.


"Mereka melakukan aksi bersaing sesama sendiri itu bermula dari Kilometer 1.4 hingga Kilometer 2.4 Lebuhraya NKVE arah Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata, tangkapan dilakukan unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman sejurus semua penunggang berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun itu memberhentikan motosikal mereka di hadapan sebuah rumah di Jalan Sekolah Padang Jawa, di Klang.

Katanya, semua suspek dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

"Soal siasat mendapati semua penunggang terbabit adalah kenalan rapat yang tinggal di sekitar Shah Alam dan tidak terbabit dalam kumpulan yang salah.

"JSPT turut menyita motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha LC135 yang digunakan ketika melakukan aksi itu untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Azman berkata, pada operasi sama, pihaknya mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi, tiada lesen, brek tidak berfungsi dan ubahsuai struktur motosikal.

"JSPT menasihatkan penunggang motosikal memastikan undang-undang dipatuhi kerana PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terbabit kegiatan samseng jalanan.

"Ops Samseng Jalanan akan diteruskan bagi membendung kegiatan ini daripada terus berleluasa dan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam dipelihara," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... la-superman-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049647 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list