CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23936|Reply: 17

[Jenayah] Akta Senjata Api: Lelaki Israel, pasangan suami isteri berdepan hukuman mati

[Copy link]
Post time 2-4-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Seorang suspek lelaki warga Israel bernama Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan atas kesalahan memiliki dan membekalkan senjata api bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mereka.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia berikutan pihaknya membuka kertas siasatan terhadap ketiga-tiga suspek itu di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.


“Sebelum ini, ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis yang dimilikinya.


“Bagaimanapun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat melibatkan mereka bertiga iaitu kesalahan pemilikan senjata api.


“Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun yang turut ditahan dan disiasat di bawah Akta Senjata Api 1971 yang memperuntuk hukuman mati serta sebatan jika disabitkan kesalahan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Dalam pada itu, Razarudin menambah, di bawah akta berkenaan mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dihukum mati dan juga sebatan.


“Pada masa ini, kita masih menjalankan siasatan secara terperinci ke atas ketiga-tiga mereka bagi menentukan motif utama suspek utama kes, warga Israel.


“Buat masa sekarang kesemua suspek masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan.


“Lelaki warga Israel itu direman hingga 7 April ini manakala reman terhadap pasangan suami isteri terbabit pula akan berakhir pada 5 April ini.


“Sebarang proses susulan untuk sambung reman ke atas mereka khususnya warga Israel akan dimohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa tambahan untuk melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut,” tegasnya. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2024 09:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa pasangan suami isteri tu ya? Mesti before ni da bnyk buat job jual senjata api. Aku suspek gang2 sskjp ni.. gang sempadan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya.pengkhianat negara.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:27 PM | Show all posts
Wah nama warga yisrael kau dedah, tapi warga lokal kau protect identity...


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nk tgk muka dua ekor pengkhianat tu..mesti kepam dan gemuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 11:37 PM | Show all posts
Mana muka couple tu…
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 2-4-2024 11:32 PM
nk tgk muka dua ekor pengkhianat tu..mesti kepam dan gemuk..

Betul tu
Yg i nak tau sgt 2 ekor laki bini tu
Diharap semua harta dirampas
Teruk perangai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak dalam stoking ke.. cam hadiah xmas gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:39 AM | Show all posts
I baca dlm haria metro semalam : pasangan ni di tangkap di bazar ramadan Kuala Selangor.
Orang kuala selangor ke? Cekap polis buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes al-Ma'unah.  Hukum mati juga tapi akta derhaka pada Agong kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:11 AM | Show all posts
elok la hukuman berat mcm ni, no kompromi. br jd pengajaran kpd yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dah keluar belum gambar lahanat tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah baca komen kat reply lepas2... dah order pistol byk2 takkan buat keje sorang je kot? Sorang je yg dikambinghitamkan .....

Then kalau jadi spy  kantoi kena hukum bunuh? siapa yg bayar gaji dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 11:41 AM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 2-4-2024 11:27 PM
Wah nama warga yisrael kau dedah, tapi warga lokal kau protect identity...

woii.  kenapa kau kalut?  kau zionis laknat ye?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...Pdrm antara yg terbaik di dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 01:41 PM | Show all posts
SB PDRM memang cekap menghidu anasir penjenayah. Pagi tadi pun dengar berita dalam Suria FM, ada sorang Palestin merasakan keselamatan dia terancam sebab dihubungi oleh sorang israel. Agaknya geng pada mamat israel yg kena tangkap tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 2-4-2024 11:32 PM
nk tgk muka dua ekor pengkhianat tu..mesti kepam dan gemuk..

Tak pulak. Nampak elok juga cuma katanya ada banyak rekod.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.627198 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list