CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22231|Reply: 9

[Jenayah] Enggan beri kerjasama, bekas PM boleh ditangkap

[Copy link]
Post time 2-4-2024 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 2-4-2024 10:48 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang membuat keputusan secara sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di mahkamah antarabangsa, dedah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Negara hari ini.

Beliau mendedahkan, Perdana Menteri ketika itu membuat keputusan secara bersendirian, tanpa sesiapa mengetahuinya termasuk Peguam Negara yang bercuti ketika itu.

"Peguam Negara cuti empat hari 'garden leave'- dipaksa cuti, tiada ada siapa yang tahu, keputusan dibuat sembunyi-sembunyi menyebabkan kita hilang Batu Puteh dalam proses rayuan antarabangsa dan tidak seorang pun menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan soal kehilangan kedaulatan,

"Perkara ini sudah disiasat pasukan petugas khas, dia dipanggil tetapi dia tak datang dan kini sudah ada Suruhanjaya Diraja (RCI). Beliau boleh dipanggil, jika tidak hadir boleh ditangkap," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023, di Dewan Negara hari ini.

Tanpa menamakan Perdana Menteri berkenaan, Azalina menjelaskan, perkara itu berlaku bukan ketika beliau menjawat jawatan Menteri .

Beliau menjelaskan Malaysia tidak akan kehilangan Batu Puteh itu jika peristiwa itu berlaku ketika beliau menjadi menteri.

Katanya, semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang ditubuhkan untuk mencari kaedah penyelesaian serta penambahbaikan mengenai sebarang isu membabitkan kedaulatan negara.

Terdahulu ketika perbahasan beberapa senator membangkitkan kebimbangan mereka berhubung kuasa Perdana Menteri dalam Fasal 30, 31, 32 dan 33 dalam perbahasan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.

Mereka bimbang kuasa perdana menteri itu menyebabkan penyalahgunaan kuasa yang tidak sihat kepada pentadbiran negara.

Menjelaskan perkara itu, Azalina berkata, tidak sepatutnya wujud kekhuatiran itu kerana keputusan perdana menteri perlu diwartakan dan dibentangkan kepada umum.

Pada 23 Mei 2008,Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia.

ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira 4km dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Namun, kerajaan Pakatan Harapan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura, pada 28 Mei 2018.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2024 09:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
OT kejap......tanah kt tg pagar pi serah kt spore wpun pajak sampai tahun 2931 tu time sapa yg jd piem ye?

Sedangkan perjanjian air rega x masuk akal blh plk maintain, knp x amend agreement bila spore pisah dgn msia?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kehilangan Singapura salah siapa pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-4-2024 11:51 PM
Kehilangan Singapura salah siapa pulak ?

Kehilangan?

Bukan ke dibuang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kehilangan Singapura adalah salah Tunku Abdul Rahman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 3-4-2024 09:55 AM

Rasanya Singapura memang takde dalam perjanjian Malayan Union tapi bila diorang plan nak buat perjanjian persekutuan Tanah Melayu tu British yang suruh gabung dengan Singapura. So kira diorang bukan dari awal pun dalam Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:19 AM | Show all posts
angkara  si tua ni Msia hilang Batu Puteh.



semoga kena laknat 10 keturunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn atuk lah politik wang berleluasa dgn dasar penswaastaan atuk yg hanya kayakan kroni..sebnrnya 3 pm b4 atuk lebih baik dan capable dan atuk juga yg rosakkam umno..seme sbb atuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
There is light at the end of the rainbow.

Alhamdulillah.

Tazzabar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.467048 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list