View: 12531|Reply: 10
|
‘Kau Nak Ambil Apa Sebenarnya?’ – Nurul Shuhada Persoal Motif Hafidz Roshdi Fail Kes Hadanah
[Copy link]
|
|
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akui tidak berpuas hati dengan tindakan aktor tersebut yang berkali-kali tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes Hadanah interim dan kekal dua anak mereka.
Memetik laporan Melodi, Shuhada juga tertanya-tanya tentang motif Hafidz memfailkan kes berkenaan namun dia gagal untuk hadir.
"Saya rasa marah sangat sebab dia macam tak tahu apa benda yang berlaku. Kau nak menjawab pun, kau jawab salah jadi saya bidas.
"Saya malas dah nak berlembut dengan orang yang tak nak berlembut. This is your case, you yang failkan takkan tak tahu hari sebutan kes atau bicara. Bukan nak provoke tapi nak dia tahu yang apa yang dia buat. Kau nak failkan untuk apa? Kau nak ambil apa sebenarnya?"
Dalam pada itu, dia tidak ada masalah sekiranya tindakan undang-undang seperti mengeluarkan waran tangkap dikenakan terhadap bekas suaminya itu.
"Mana yang dekat luar sana melalui macam saya mereka tahu betapa susahnya untuk kita nak buat proses rasmi untuk anak-anak kalau tak ada benda ni."
"Kalau benda tu yang boleh gesa dia untuk percepatkan kes ini, kenapa tidak? Saya akan memperjuangkan hak anak-anak sampai ke titisan terakhir.
"Saya diamanahkan oleh Allah untuk jaga anak-anak saya, Umar dan Humairah untuk beri mereka kehidupan yang terbaik saya boleh bagi, Insya-Allah."
"Kalau kita tak boleh nak jadi suami isteri yang terbaik, boleh tak kita jadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak? Jadi tak payah nak ada ego masing-masing. Kita selesaikan untuk anak-anak."
Mengulas tentang kes dirinya dipukul, dia juga berharap agar pihak Hafidz boleh hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes tersebut.
"Saya harap lepas ni tak ada lagi alasan tak boleh datang bicara sebab cuti sakit, mc ke cukup lah. Semua netizen dah tahu jangan bagi orang label kita ‘datang mahkamah je sakit’. Kalau tak nak orang label macam tu, datang buktikan awak tak bersalah."
Sementara itu, Shuhada memberitahu dia tidak malu dengan gelaran ‘janda’ malah dia menerima takdir Tuhan dengan berlapang dada.
"Saya tak malu malah saya bangga. Kalau orang kata ‘kau dah berubah sekarang’ yelah aku kan janda. Saya akan jawab macam tu."
"Bagi saya Allah dah tulis takdir saya dimana umur 30 tahun, saya jadi janda tapi saya ambil ujian Allah ini sebagai satu penghormatan buat saya untuk jaga maruah diri sendiri. Janda atau tidak, kita jaga diri kita.
"Kalau ada orang dekat luar sana yang pandang serong saya nak tunjukkan yang janda ni akan berjaya dunia akhirat, Insya-Allah. Doa-doakan."
Sumber: Melodi/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
@admin6 pls tutup. Kan dah ada dah thread dia ni... plssss laaaaa x payah byk2.... |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 2-4-2024 05:46 AM
@admin6 pls tutup. Kan dah ada dah thread dia ni... plssss laaaaa x payah byk2....
scroll aje penuh muka bulat..dah lah beso2 gmbarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Amende la isi artikel sama jah. Layan sangat la betina biol ni |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tak malu malah saya bangga. Kalau orang kata ‘kau dah berubah sekarang’ yelah aku kan janda. Saya akan jawab macam tu."
Terpaling janda
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak video dia cakap ni, confirm bingit |
|
|
|
|
|
|
|
Lantakla pasal diaorg ni tak kuasa da nak amik tau cuma ada satu bende yang menganggu. Memang hafiz ni kalau amik gambar stuck kt satu pose muka berkerut tahan berak tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls rase yg lelaki tu yg selebriti. Knape si perempuan lebih² diinterview nk menunjuk diri teraniaya sgt. Sombongnye diri bila jadi janda. [em:10:][em:10:] |
|
|
|
|
|
|
|
jarang kena waran tangkap kalo tak datang bicara dari mahkamah syariah melainkan kes jenayah contoh judi, khalwat |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|