CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26149|Reply: 0

[Sabah] MUIS nafi tuduhan salah guna kuasa dalam pentadbiran

[Copy link]
Post time 29-3-2024 08:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-3-2024 12:37 PM



YAHYA

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ingin merujuk kepada tuduhan-tuduhan yang telah tular di beberapa laman sesawang dan juga media sosial berkenaan dengan kononnya terdapat salah guna kuasa di dalam pentadbiran MUIS.

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, antara dakwaan berkenaan ialah bahawa Ketua Pegawai Eksekutif MUIS telah membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan MUIS dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

"Tuduhan ini juga mendakwa yang kononnya Ketua Pegawai Eksekutif MUIS telah mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

"Pihak MUIS dengan ini menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas dan merupakan suatu fitnah yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS dan juga pentadbirannya," katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pihak MUIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang telah membuat dan menyebarkan tuduhan-tuduhan itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054244 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list