CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25460|Reply: 0

[Sabah] Tawaran diskaun ‘jom setel kompaun’ tamat 31 Mac depan

[Copy link]
Post time 29-3-2024 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-3-2024 12:34 PM



Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan agar melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan kompaun yang tertunggak bagi kesalahan Undang- undang Kecil (Peruntukan-peruntukan Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Awam Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014 dan Undang-undang Kecil (Jalan-jalan dan Tempat Awam) Bandaraya Kota Kinabalu 1966, Pindaan 2008.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tarikh tawaran diskaun ‘jom setel kompaun’ akan tamat pada 31 Mac depan.

“Selaras kempen ‘jom setel kompaun’ yang bermula pada 02 Februari lalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberikan pengurangan bayaran kompaun sebanyak 50 sehingga 80 peratus kepada orang awam yang membuat pembayaran secara dalam talian.

“Orang awam dinasihatkan untuk memanfaatkan tawaran diskaun yang akan tamat pada 31 Mac ini berikutan DBKK tidak akan memberikan lanjutan tempoh tawaran, pengampunan mahupun rayuan selepas tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, tindakan perundangan juga akan diambil terhadap kesalahan bayaran kompaun tertunggak seperti yang dikuatkuasakan mengikut Undang-undang Kecil (Peruntukan-peruntukan Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Awam Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014 dan Undang-undang Kecil (Jalan-jalan dan Tempat Awam) Bandaraya Kota Kinabalu 1966, Pindaan 2008, termasuk tindakan sita kenderaan.

Katanya, untuk membuat pembayaran secara dalam talian, orang ramai boleh layari eservices.dbkk.sabah.gov.my.


https://b.cari.com.my/forum.php?mod=post&action=newthread&fid=150
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.095664 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list