CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24042|Reply: 0

[Sabah] Bekalan air Sandakan dalam tahap kritikal

[Copy link]
Post time 29-3-2024 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-3-2024 12:21 PM



KENANGAN: Chew (kiri) ketika hadir dalam mesyuarat itu.

SANDAKAN: Bekalan air di sini dalam keadaan kritikal memandangkan loji takungan air Hilltop kini ditutup kerana tiada simpanan air berlebihan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, perkara itu dimaklumkan Jabatan Air dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sandakan baru-baru ini.

"Keadaan itu berlaku disebabkan musim kemarau di sini yang dijangka berakhir pada pertengahan April depan.

"Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah seperti dalam bandar Sandakan, Bandar Ramai-Ramai, Bandar Leila dan Tanah Merah," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan bekalan air dari Loji Segaliud akan terus beroperasi untuk membekalkan air ke Loji Hilltop bagi memenuhi permintaan pengguna.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.604017 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list