CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6234|Reply: 12

[Tempatan] MIC gesa KDN lucutkan kewarganegaraan warga Malaysia di Jerman

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode
MIC gesa KDN lucutkan kewarganegaraan warga Malaysia di Jerman

https://www.malaysiakini.com/news/700982

B Nantha Kumar
Diterbitkan:  Mar 28, 2024 5:00 PM
Dikemaskini: 6:05 PM



Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa melucutkan kewarganegaraan seorang rakyat Malaysia yang berada di Jerman kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan baru-baru ini.

Ketua penerangannya, Thinalan Rajagopalu (atas) berkata N Ganesparan, 39, adalah ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara.

Rajagopalu berkata kenyataannya boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.

"MIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ganesparan, warga Malaysia yang berselindung di negara Jerman.

"Kami menggesa agar tindakan segera diambil oleh kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat dan negara kita.

"Kewarganegaraan Ganesparan harus dilucutkan kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya, seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara kita," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini,  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya sedang mencari Ganesparan atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran awam dan menggugat keamanan negara.

Katanya, siasatan mendapati suspek memuat naik video bertajuk Racist in vaccine Malaysia di akaun Facebook Ganesparan Nadaraja.

Dalam video itu, kata polis, suspek mendakwa Sinovac–yang didakwanya berkualiti rendah dan tidak berkesan–diberikan kepada bukan Muslim sedangkan orang Islam diberikan vaksin “berkualiti tinggi” Pfizer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 10:55 AM | Show all posts
mende mamat yenna jerman ni cakap, majority muslims ke non muslims ke dapat sinovac.  Iols pun sinovac jer...booster je pfizer.  Move on je ler, sekarang ni dah tak kisah dah pasal cobid.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:47 AM | Show all posts
dia saja cari pasal sebab nak sambung suaka la tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Still tak move on yer. Elok ler dilucutkan terus tak yah tunggu nak jumpa baru ambil tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bau-bau supaya senang dapat suaka ni  
biase la tu  
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:16 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 29-3-2024 03:25 PM

MESTI BUTRHURT NAMAMPOS LETEWWW TERPAKSA MEREMPAT DI NEGARA UMMAH KOKESEN SANA SEBAB JERMAN DAN EU KAN TAK IKTIRAF BEKSINGG SINOBEK TUH, lantas bersusah payah berhempas pulas nak masok Jerman  tu sambil fefeeling jadik ummah sana khennn

Padan mooka! Mohon berhambus keluar dan jangan balek lagi ke tanah ayer yach!

Malaysia minta penjelasan EU isu Jerman tak iktiraf Sinovac
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/938220/malaysia-minta-penjelasan-eu-isu-jerman-tak-iktiraf-sinovac



BTW, baik Sinobeks atau Pfaizah mRNA raja segala AEFI berpuaka tu pon haku tak hingin nak hambek! Selayaknya air terpaling sochi berpuaka tu dihumban ke lobang puaka neraka jahanam tingkat ke-7. Puihhhhhhh!





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti madanon ni...x kan org India undi pas plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:07 PM | Show all posts
Drama auta
Kononya


poodah



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
The f sampai tudoh camtu. Buduh punya kalinga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 29-3-2024 03:17 PM
Mesti madanon ni...x kan org India undi pas plak

Vanakam..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertenang pacik. Bulan 10 boleh sambut octoberfest. Don't drink and drive.




Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 30-3-2024 05:32 PM

Duduk kat negara apa tah pastu komen macam tinggal di Malaysia.

Lucutkan kerakyatan je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 09:48 PM | Show all posts
dia lagi la suka, dpt suaka. silap2 dpt german citizenship.

bg ai tak payah lucut lah, jgn layan - biar dia probok mcm2. cukup masa nanti, germany deport lah dia balik Malaysia. mcm kelakar pulak dia buka cerita vaksin lepas bertahun2, baru dpt idea kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.143675 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list