CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10605|Reply: 4

[Tempatan] Simpanan air di empat empangan kini paras kritikal

[Copy link]
Post time 29-3-2024 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan empangan berkenaan ialah Empangan Sembrong Barat di Johor yang kini merekodkan paras 31.65 peratus; Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (35 peratus) dan Empangan BS Padang Saga (39.67 peratus) serta Empangan Malut (39.90 peratus) di Kedah.

Nadma yang memetik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata stok simpanan air di Empangan Muda, Kedah pula berada pada paras amaran iaitu 41 peratus.

"Tiga empangan lagi menunjukkan stok simpanan air berada pada paras waspada, iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis (56.25 peratus), Empangan Bekok di Johor (68.58 peratus) dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang (69.00 peratus)," menurut Nadma dalam laporan ringkas mengenai status cuaca panas hari ini.

Selain itu, katanya pada 25 Mac, JPS mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi tiga lembangan sungai, iaitu Sungai Muda Kedah, Sungai Kelantan dan Sungai Melaka.

Nadma memaklumkan keadaan itu mungkin akan menyebabkan masalah gangguan bekalan air di daerah Sik, Kedah; Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Kota Bharu (Kelantan) serta Alor Gajah (Melaka).

Mengenai status cuaca panas, Nadma berkata cuaca panas tahap 2 (gelombang haba) dicatatkan di Perlis pada 25 hingga 27 Mac; daerah Hulu Perak (Perak) pada 26 dan 27 Mac; daerah Kota Setar dan Pokok Sena (Kedah) pada 27 Mac; dan daerah Beaufort, Sabah pada 25 Mac.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menyatakan fasa peralihan monsun dijangka bermula esok dan berterusan sehingga Mei yang menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24.

Permulaan fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1074954/simpanan-air-di-empat-empangan-pada-paras-kritikal-nadma



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada aku kesah? Kalau air sungai Kelantan itu menenggelamkan seluruh Kota Bharu pun bukannya ada air dalam batang paip AKSB.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:48 AM | Show all posts
Triple_8 replied at 29-3-2024 01:02 AM
Ada aku kesah? Kalau air sungai Kelantan itu menenggelamkan seluruh Kota Bharu pun bukannya ada air  ...

solat hajat
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:38 AM | Show all posts
Aikk... sini kata simpanan susut ke paras amaran, tred sebelah kata simpanan masih okay takyah benih awan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 29-3-2024 04:48 AM
solat hajat

Untuk musim kemarau boleh la. Tapi untuk masalah air paip AKSB di Kelantan, tak jalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.222761 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list