CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15521|Reply: 76

[Tempatan] Tuan Saify Ahktar kata bufet Ramadan adalah scam.Anda terkejut?

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-3-2024 12:18 AM

Seorang pengurus berkecimpung dalam bidang F&B, Tuan Saify Ahktar menerusi TikToknya tampil mendedahkan realiti sebenar mengenai pakej bufet berbuka puasa yang dianggap berbaloi oleh ramai orang.


Bagi Tuan Saify, semua bufet Ramadan ini tidak kiralah pakej-pakej murah atau di hotel 5 bintang sekalipun sebenarnya sama sahaja. Tawaran bufet melebihi RM60 ibarat menjadi satu penipuan padahal kualiti hidangan yang disediakan oleh setiap restoran tetap sama sahaja.

Dia kemudian mengatakan bahawa walaupun banyak makanan mahal yang diletakkan di meja hidangan, majoriti pelanggan akan mula berbuka dengan makanan murah seperti kuih-muih, bubur dan minuman manis yang menyebabkan anda cepat kenyang.

Sebaik perut sudah penuh, rata-rata orang hanya mampu makan hidangan utama dalam kuantiti yang sedikit. Di sini, para pelanggan sebenarnya menanggung kerugian kerana tidak dapat menikmati makanan setara dengan wang yang dibelanjakan.

Malah, Tuan Saify mendedahkan bahawa para penyedia bufet hanya menfokuskan pada bulan Ramadan sahaja kerana boleh mendapatkan keuntungan setara 6 bulan iaitu 3x hingga 5x kali ganda kerana kos yang rendah.

Dalam pada itu, dia turut menyentuh tentang isu pembaziran makanan yang melampau yang berlaku di Malaysia ekoran kehadiran bufet seperti ini. Difahamkan jumlah pembuangan sisa makanan di Malaysia konsisten meningkat pada setiap tahun.

Oleh itu, dia menasihatkan orang ramai untuk memilih menu ala-carte sahaja jika mahu membelanjakan wang lebih daripada RM60 kerana kualitinya yang lebih terjamin di samping mendapat layanan terus ke meja tidak seperti di bufet-bufet.

SUMBER
TikTok @saify.akhtar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau diorang mampu biar jer lah.. yg tak mampu nk pegi bazar ramadhan pun berkira2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pergi buffet memahal tu bknnya kesah baloi ke tak
Diaorang pergi sebab nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham aku orang yang pergi buffet ramadhan ni. Apa yang diorang cari sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mkn ala carte pun dh mahal
better g buffet sb varieties mknan dpt
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 06:56 AM | Show all posts
Berbaloi jugalah..all cooked and prepared for you...then ada butler yg tolong kemas...boleh try pelbagai jenis makanan tanpa perlu berbau asap berpeluh muka berminyak di dapur hanya utk masak 2-3 jenis lauk..then habis masak terus tak lalu nak makan sbb kenyang dah cium bau lauk pauk...and one more thing, yg pergi ni biasanya company atau vendor belanja...yg sendirian tu tak pergi hari2 pun...just to take a break from bazar ramadan atau dapur sendiri..whatever makes them happy

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau di sponsor company supplier, pergi salah..bkn sdiri bayar
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:19 AM | Show all posts
siapa pun cakap berbaloi.... bukan pun dorang paksa kita untuk bayar buka..... dah kalau sponsor, pergi je la balun.....

masing2 ada akal dan nafsu dan pengalaman, poket jua yang membuat keputusan akhir...

(tak lalu la nak rebut2 dalam masa 30-40mins je masa nak makan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 07:24 AM | Show all posts
Lepas tu berasak-asak nak solat maghrib.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni aku gi mkn kat restoran charge rm75 per pax . Mcm bodo dan kene scam je aku..... Hmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
I paid for the BRAND, not the food....bukan nak meriak...tapi itulah realitinyer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 29-3-2024 06:20 AM
Yg pergi buffet memahal tu bknnya kesah baloi ke tak
Diaorang pergi sebab nak pergi

ya lor...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah tak pi buffet ramadhan ni...mmg rugi la sbb aku skang jenis makan ciput..tak muat perut aku....bufet twmpat sedap mahal rm100++ lak tu...
Kalo lunch tu puas hati skit...pegi awal2...slow2 kita try...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:46 AM | Show all posts
aku salu pilih yg ada sashimi, makan puas2, ala carte mahei nk mampuih. lg satu aku suka buffet sebb releks boleh ngopi ngan kawan & family santai2. bulan puasa kitorang elak buffet sebb hantu lapar banyak. kelam kabut marah sana sini huh tak hengen semak semak kepala bayar mahai2 jumpak manusia serabut cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:57 AM | Show all posts
zaman muda oklah layan buffet2 bulan puasa ni. perut macam stokin leh isi banyak2. skrg dah tua2 ni makan nasi lauk 2-3 dah kenyang sampai esok. sahur makan kurma je. tgh malam moreh pun dah tak makan dah. zaman makan banyak tu bagi iols dah berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:07 AM | Show all posts
yang pergi bayar buffet mahal2 tapi makan kuih dgn bubur tu la yang scam diri sendiri..  aku kalau gi buffet ramadhan tak pandang pun kuih2 tu... makan kambing golek je..and others western spread.. nasi2 lauk kg mmg tak pandang la, baik pi tibai nasi arab, nasi tomato..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu pi buffet mkn la mknn yg selayaknya dgn rega korang bayo tu
Kalau amik yg 150/pax
Takyah pandang lagi mi bihun segala tu
Kuih muih pun pandai2 la pilih
Nih balik2 karipap la kue lapis la
Nasi beriani ngn ayam merah laa
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:20 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-3-2024 06:35 AM
Tak faham aku orang yang pergi buffet ramadhan ni. Apa yang diorang cari sebenarnya?

cari content....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:44 AM | Show all posts
awat takde screenshot lagi besaq tt oiiiiiiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:47 AM | Show all posts
Suchi replied at 29-3-2024 09:12 AM
Kalu pi buffet mkn la mknn yg selayaknya dgn rega korang bayo tu
Kalau amik yg 150/pax
Takyah pandan ...

lamb shank baby


btw iols pnh bayar buffet yg harga dlm 60 ringgit
tp guna groupon dpt dlm 30+- (zaman groupon mendonia lbh 10 thn lps )
mmg bnyk ambik lauk pauk je
totally worth it


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.097195 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list