CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9539|Reply: 0

[Sarawak] https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/28/utamakan-murid-lambat-belajar-sebelum-perkenal-ai-dalam-kurikulum-sekolah-sagah

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode


(Dari tiga kanan) Dr Suzalinna, Kong dan Ngo bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bintulu dan kakitangan hospital merakam gambar pada acara tersebut pada Rabu.

BINTULU: Peningkatan kes penyakit tuberculosis (tibi) ataupun batuk kering di Malaysia saban tahun daripada 25,391 kes dengan 2,572 kematian pada 2022 kepada 26,781 kes dengan 2,623 kematian pada 2023 amat membimbangkan terutamanya peningkatan kes kerintangan antibiotik untuk tibi.

Pengarah Hospital Bintulu Dr Suzalinna Sulaiman berkata, Kementerian Kesihatan berusaha secara aktif untuk mengesan pesakit, meningkatkan akses kepada diagnosis cepat yang terjamin kualiti serta memastikan penyediaan rawatan mudah diperolehi tanpa kemasukan ke hospital.

Selain itu katanya, memperkasakan pengambilan penuh rawatan yang berkesan, selamat dan singkat bagi mengatasi masalah kerintangan antibiotik dan melakukan aktiviti pencegahan untuk golongan berisiko tinggi terutamanya pengesanan tibi pendam.

"Sekiranya individu bergejala demam, batuk berpanjangan melebihi dua minggu, kurang selera makan dan turun berat badan, segeralah melakukan pemeriksaan kesihatan dan saringan penyakit tibi di fasiliti kesihatan berhampiran.

"Bersama kita hentikan endemik tibi di Malaysia menjelang 2025, 'Yes! We can end TB'," beliau berkata demikian semasa berucap pada Hari Tuberculosis Sedunia yang disambut setiap 24 Mac pada acara di Hospital Bintulu, pada Rabu.

Ujarnya, sambutan Hari Tibi adalah untuk memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882, sekali gus untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak mengenai penyakit tersebut.

Berkenaan Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut setiap 14 Mac katanya, ia untuk memberikan kesedaran berkenaan pentingnya kesihatan buah pinggang kepada manusia.

"Tema pada tahun ini iaitu 'Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua: Memantapkan Akses Rawatan yang Optimum dan Saksama' amat bertepatan meningkatkan kesedaran akses rawatan saksama dan strategi secara kolaboratif bagi penghidap penyakit buah pinggang," jelasnya.

Menurutnya, statistik kajian tempatan menunjukkan satu antara tujuh rakyat dewasa Malaysia mengalami penyakit buah pinggang kronik melibatkan 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat Malaysia.

Jelasnya, data terkini Malaysian Dialysis and Transplant Registry menunjukkan 9,500 pesakit baharu dikenal pasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap setahun.
"Kira-kira 51,000 pesakit menghidap kegagalan fungsi buah pinggang memerlukan rawatan dialisis untuk hidup.

"Dijangka lebih 106,000 rakyat Malaysia bakal menjalani dialisis menjelang 2040 jika peningkatan kadar kegagalan buah pinggang masih tidak berubah," katanya.

Tambahnya, penyakit diabetes merupakan penyumbang utama 53 peratus pesakit baharu bagi rawatan dialisis di Malaysia.

Hadir sama Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bintulu Kong Ngiou Kwong, Naib pengerusinya Kapitan Ngo Pen Hee dan ahli-ahli jawatankuasa lainnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.187680 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list