CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9446|Reply: 0

[Sarawak] Utamakan murid lambat belajar sebelum perkenal AI dalam kurikulum sekolah

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode


Roland (depan, tiga kanan) bersama Dr Annuar (depan, empat kanan), Harden (depan, lima kanan), Azmi (dua kanan) serta tetamu lain melancarkan majalah Synthesis Sarawak, pada Rabu.

KUCHING: Utamakan perhatian kepada murid yang lambat belajar sebelum memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulum sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Pada 26 Mac, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam jawapan bertulis Parlimen berkata, murid sekolah rendah akan diajar asas AI di sekolah mulai 2027.

Beliau berkata dalam masa beberapa tahun lagi, kurikulum sekolah akan memasukkan celik digital dalam kurikulum sebagai salah satu daripada tujuh kompetensi yang mesti dikuasai oleh murid sekolah.

Ketika ditanya mengenai isu itu, Sagah menekankan jika AI hendak dilaksanakan ke dalam kurikulum, isu seperti murid dalam kumpulan lambat belajar perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Mereka (murid kumpulan lambat belajar) tidak mencapai standard tertentu dalam membaca, menulis dan matematik.

"Sudah tentu, jika ada dana yang tersedia, kita boleh melakukan banyak perkara untuk melaksanakan AI, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa kita mesti mendapatkan mereka yang masih belum boleh membaca dan menulis, dan jumlahnya agak membimbangkan," kata Sagah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran majalah Synthesis Sarawak di sini, pada Rabu.

Bercakap mengenai terbitan sulung majalah Synthesis Sarawak, beliau berkata penerbitan majalah hasil rekaan kementerian itu adalah bukti komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memperkasakan masyarakat Sarawak, khususnya dalam kalangan belia.

"Majalah Synthesis terbitan sulung menawarkan gambaran yang menarik tentang kemajuan sains dan teknologi luar biasa yang berlaku di Sarawak.

"Kejayaan ini dapat dicapai melalui perkongsian kerjasama antara kerajaan kita, GLC kita, dan institusi akademik kita. Semangat perpaduan itu adalah pemangkin kepada inovasi yang berterusan.

"Majalah Synthesis Sarawak berfungsi sebagai inspirasi, menggesa generasi akan datang agar tidak gentar merangkul kerjaya dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Bidang-bidang ini akan menjamin masa depan mereka dan menerajui pertumbuhan Sarawak yang kita cintai," katanya.

Majalah Synthesis Sarawak akan memaparkan artikel mengenai penyelidikan yang dijalankan di negeri ini, ditulis dalam gaya yang mudah difahami.

Majalah itu yang akan diedarkan ke sekolah, universiti, dan perpustakaan awam di seluruh Sarawak merangkumi pelbagai bidang seperti bioteknologi, tenaga bersih dan bahan termaju.

Majlis turut dihadiri dua Timbalan Menterinya Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Datuk Francis Harden Hollis dan Setiausaha Tetap Kementerian Datu Azmi Bujang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049073 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list