CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8990|Reply: 0

[Sarawak] PETRONAS teruskan tradisi santuni masyarakat semasa perayaan

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode


Mohamed Syazwan (kiri) menyampaikan sumbangan untuk masjid sambil disaksikan (dari kanan) ADUN Jepak Iskandar Turkee, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

BINTULU: Program Memacu Kehidupan merupakan kesinambungan tradisi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam menyantuni masyarakat setempat semasa musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas dalam menyemai semangat perpaduan.

Justeru tahun ini seramai 169 individu yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di sekitar Bintulu dan empat keluarga yang merupakan mangsa kebakaran Jumaat lalu di Kampung Sungai Plan Lot Kidurong menerima sumbangan daripada anak syarikat PETRONAS, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG).

Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri 2024 ini membabitkan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan barang keperluan rumah, barang peribadi serta duit raya kepada para penerima termasuk sumbangan untuk masjid dan surau.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MLNG Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi berkata, melalui sumbangan itu diharap dapat memberi keceriaan kepada para penerima dan menyerikan persiapan Hari Raya kelak.

"Barisan kepimpinan dan sukarelawan MLNG juga turut berkunjung ke rumah-rumah penerima bantuan program ini untuk meluangkan sedikit masa dan bertanya khabar," ujarnya dalam program tersebut di Dewan Pavilion Kelab Kidurong Bintulu, pada Rabu.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada pihak berkepentingan membabitkan agensi-agensi kerajaan atas sokongan diberikan kepada MLNG dalam pelbagai aspek seperti penyelenggaraan loji, kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

Katanya, dengan sokongan yang diberikan semua, kejayaan Malaysia LNG Sdn Bhd sejak 45 tahun yang lepas telah menjadikan Bintulu sebagai bandar perindustrian tenaga yang penting bagi negeri Sarawak.

"Semoga kerjasama dan persefahaman sejagat ini sentiasa dikekalkan sampai bila-bila," tambahnya.

Program tahunan PETRONAS untuk menyantuni masyarakat setempat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu berteraskan pembangunan masyarakat dan kesejahteraan.

Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kemudiannya disusuli dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.359958 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list