CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5676|Reply: 1

[Kedah] Kuih dangai semakin sukar diperoleh

  [Copy link]
Post time 28-3-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Kuih dangai semakin sukar diperoleh


Oleh Zuliaty Zulkiffl - Mac 28, 2024 @ 4:54pm bhnews@bh.com.my




Norsalina Ismail, 59, menunjukkan kuih dangai yang dihasilkannya. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli




KULIM: Dangai, antara kuih tradisional yang popular di utara negara, kini semakin sukar diperoleh.

Walaupun cara membuatnya tidak begitu rumit menggunakan bahan seperti tepung pulut, kelapa muda parut, garam serta gula, tidak ramai menjual kuih itu sekarang.

Keadaan itu mungkin disebabkan kos bahan mentah tinggi sehingga tidak ramai pengusaha mahu meneruskan penjualan secara komersial.

Bagi peniaga, Norsalina Ismail, 59, dahulu kuih dangai hanya dijual 20 sen sebiji pada tahun 1993 sebelum naik 50 sen sebiji kerana bahan yang digunakan mudah didapati sekitar kampung.

Namun katanya, kini disebabkan peningkatan harga bahan mentah, kuih dangai sudah naik harga mencecah RM1.50 sebiji.

"Mungkin sebab itu kuih dangai ini tidak lagi dijual seperti dulu kerana kos ramuan bahannya sudah meningkat," katanya ditemui di Kampung Sungai Buloh, Sedim, semalam.

Katanya, dia hanya menerima tempahan jika ada yang mahukan kuih dangai itu terutama pada musim kenduri, atau program di kampung bergantung pada permintaan.

Untuk membuat dangai, tepung pulut digaul dengan kelapa muda dan dicampur garam serta gula sebelum dibakar dalam acuan selama lima minit.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa mula makan kuih ni ingatkan asal dari sarawak. Tapi memang jarang jumpa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087130 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list