CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3581|Reply: 0

[Sarawak] TYT, Premier Sarawak serikan sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri

[Copy link]
Post time 28-3-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-3-2024 08:12 AM



Wan Junaidi bersalaman dengan para hadirin yang menghadiri majlis tersebut. Turut kelihatan di belakang adalah Misnu dan Abdul Karim. – Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir menyempurnakan sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan pada malam Rabu.

Majlis yang diimarahkan oleh rakyat negeri ini khususnya penduduk setempat turut diserikan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang.

Acara dimulakan dengan berbuka puasa, diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan majlis jamuan makan malam.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Al Quran berangkai yang disampaikan oleh qari dari bahagian Samarahan iaitu Jubni Sulong, Isman Hadi Jaafar dan Muhamad Hafiez Shafie.

Setelah itu, Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin menyampaikan tazkirah Nuzul al-Quran berjudul ‘Al-Quran dan Seruan ke arah Maju Makmur’.

"Kita mesti mencari jalan untuk hidup harmoni dengan saudara-saudara bukan Islam di sekeliling kita, seperti yang termaktub dalam Piagam Madinah.

"Selain itu, kita harus mengajar ilmu al-Quran khususnya kepada generasi-generasi muda dan juga anak-anak kita supaya ilmu ini akan bertali arus dan berkekalan jadi sumber yang penting dalam kehidupan manusia,” kata Kipli.


Ketibaan Abang Johari dan isteri pada petang Rabu disambut (dari kanan) Julaihi, Abdul Karim dan Misnu. – Gambar UKAS

Ia merupakan antara pelbagai topik yang dibincangkan Kipli semasa tazkirah itu.

Kemuncak acara pada malam Rabu itu disusuli dengan solat Isyak berjemaah, solat sunat tarawih dan solat witir berjemaah serta majlis jamuan 'moreh'.

Majlis tersebut dihadiri lebih 2,000 tetamu terdiri daripada tetamu kenamaan negeri, ketua masyarakat, kakitangan kerajaan, wakil masjid, surau, pertubuhan, persatuan, tentera, polis, pelajar dan orang awam.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi dan Timbalannya Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048950 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list