CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 815|Reply: 0

[Kedah] Jangan percaya iklan jual balak di Gunung Inas

[Copy link]
Post time 28-3-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Jangan percaya iklan jual balak di Gunung Inas


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



PAPARAN iklan penjualan balak dan kawasan pembalakan di Gunung Inas, Baling yang dimuat na naik tular di Facebook semalam. FOTO ihsan Facebook




Alor Setar: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan jualan kawasan pembalakan dan kayu balak di media sosial.

Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata, ini berikutan pihaknya percaya iklan yang dipaparkan di media sosial berkenaan adalah penipuan dalam talian.

"Cara iklan ini seperti tidak betul, kemungkinan 'scammer', mereka hendak cari duit, apa pun kita akan semak dan siasat dulu mengenai perkara ini.

"Nasihat saya kepada orang ramai supaya jangan mudah percaya dan jangan terpengaruh, kalau nak kepastian sila rujuk dengan jabatan, kita sedia membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, tular di Facebook, iklan menjual balak yang berusia 40 tahun dan kawasan pembalakan di kawasan Gunung Inas, Baling.

Pihak terbabit memuat naik gambar kawasan pembalakan di gunung berkenaan, selain menyatakan harga jualan sebanyak RM15 juta untuk kawasan pembalakan berkeluasan 1,000 ekar atau 404 hektar.

Berikutan itu, orang ramai mendakwa berlaku salah laku dalam kegiatan penjualan kawasan pembalakan berkenaan sekali gus dibimbangi akan menyebabkan bencana berlaku ke atas penduduk.

Dalam kejadian 4 Julai 2022, bencana aliran puing dan banjir lumpur melanda Kampung Iboi serta kawasan sekitar Kupang mengakibatkan lebih 1,000 penduduk terjejas, 17 rumah musnah dan mengorbankan nyawa tiga mangsa.

Penduduk kemudian menggesa kerajaan negeri menutup ladang durian di Gunung Inas dan mengering serta memusnahkan tiga kolam takungan di puncak gunung, yang didakwa menjadi punca banjir, pencemaran sumber air dan banjir kilat.

Namun, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengesahkan bahawa insiden banjir itu adalah bencana geologi dan bukan berpunca dari ladang durian berkenaan.



Disiarkan pada: Mac 28, 2024 @ 9:03am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list