CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6600|Reply: 0

[Sabah] Madius diingatkan tidak cetuskan kemarahan umat Islam

[Copy link]
Post time 28-3-2024 06:19 AM | Show all posts |Read mode


GHAZALIE

TAWAU: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau diingatkan supaya tidak mencetuskan kemarahan umat Islam dengan kenyataan berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah.

Terdahulu, Madius menyelar kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh mengenai isu kontroversi berkenaan dan meminta ketua Pemuda Umno itu menuntut permohonan maaf daripada negara China.

Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing berkata, tindakan Madius itu dianggap tidak menjaga sensetiviti penganut agama Islam dan cuba mencetuskan perbalahan di negara ini.

Katanya, kenyataan Madius seolah-olah memperlekehkan umat Islam di negara ini yang cuba menegakkan keadilan di atas perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Isu mempersendakan kalimah Allah itu sangat berat dan tidak boleh dimaafkan sama sekali memandangkan ia membabitkan akidah umat Islam.

“Sepatutnya Madius tidak mencampuri isu berkenaan kerana kes itu sudah berjalan di peringkat mahkamah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Kongsi 8, di sini hari ini.

Menurutnya, Madius juga dilihat cuba menjadi ‘batu api’ kerana meminta UMNO supaya menuntut agar negara China memohon maaf bukannya syarikat berkenaan.
Katanya, Madius sepatutnya perlu menjaga keharmonian beragama di negara ini dan menunggu keputusan mahkamah terhadap isu ini.

“UMNO Sabah yang mempunyai ahli pelbagai agama selalu menjaga tingkah laku terutamanya membabitkan isu agama supaya tidak berlaku isu kontroversi.

“Justeru, saya minta Madius menarik semula kenyataan medianya bagi mengelak wujud salah faham dalam kalangan masyarakat di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, pihaknya juga sangat terkejut kerana PAS Sabah mengambil sikap berdiam diri dalam isu kenyataan Madius.

“Sepatutnya pemimpin dan ahli PAS lebih sensetif mengenai isu itu kerana mereka selalu mengatakan parti yang memperjuangkan agama Islam.

“Namun, sehingga hari ini tiada tindakan yang dilakukan, seolah-olah PAS Sabah membenarkan tindakan Madius yang cuba memperlekehkan perjuangan umat Islam menuntut keadilan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051126 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list