CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8534|Reply: 3

KKM Kenakan Kompaun Kepada Penjual Martabak Kain Lap

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:48 AM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang meninggalkan kain dalam martabak apabila mengeluarkan satu notis kompaun terhadap kecuaian terbabit.


KKM dalam satu kenyataan berkata, notis kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.


“KKM memandang serius aduan tular di media sosial mengenai pencemaran makanan di bazar dengan penemuan kain dalam martabak yang dibeli di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini.


“KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) menjalankan siasatan lanjut dan mendapati kecuaian semasa pengendalian makanan menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak tersebut,” katanya di sini tadi.


KKM berkata, beberapa kesalahan lain yang dikenalpasti turut dilakukan pemilik gerai termasuk tidak membuat pengasingan jelas untuk bahan mentah dan makanan yang telah dimasak.


Katanya, ia termasuk menggunakan kain pengelap yang tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna.


“KKM juga sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai bazar Ramadan seluruh negara.


“Sehingga kini, sebanyak 10,570 buah premis bazar Ramadan telah diperiksa.


“Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi arahan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan- peraturan di bawahnya boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.


Pada masa sama, KKM juga mengingatkan semua peniaga premis makanan termasuk di bazar Ramadan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing.


Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 03:37 PM | Show all posts
Saya gembira melihat KKM membanteras pengendalian makanan yang tidak bersih di bazar Ramadan. 10,570 fnf pemeriksaan sangat mengagumkan! Saya berharap denda dan peringatan ini akan menggalakkan amalan kebersihan yang lebih baik secara menyeluruh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu jerlah ko mampu khuennn. Patut lena tegas lagi.benda bulan main2. Gantung lesen ker apa..ehhh tp itu dh libat badan lain ek
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2024 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
hasben ada beli utk bbuka..aku x jamah dah..kembang tekak bila teringat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list