CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7970|Reply: 3

Tidak Perlu Lagi Api-Apikan Kemarahan Isu Stoking Kalimah Allah – Agong

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:45 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan semua pihak untuk berhenti mengambil kesempatan ke atas isu stoking tertera kalimah Allah yang tercetus sejak dua minggu lalu susulan penjualannya di kedai serbaneka KK Mart.


“Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.


“Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.


Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan bertindak secara matang selain berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.


“Kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang.


“Ajaklah rakyat ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Inilah peluang untuk mendapat pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang majmuk, agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah baginda.


Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyumbang apa-apa tindakan yang boleh membawa kepada peningkatan ketegangan di dalam negara.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, ketika ini keadaan agak panas berhubung isu stoking sehingga mengundang kemarahan sesetengah pihak.


Beliau berkata, pihaknya menggesa semua pihak berhenti memainkan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R) kerana ia mampu menggugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik uturn dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib dia punya kasta terpaling atas.
Kalo x dh bbakul kna hencapp.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
yelah kan laju juga kene angkut ke court deme nye.smoga pihak yg buat onar dapat kurma secukupnyer. acik2 lain pun ramai juga menunggang, tu yg jantan bangla tu memekak plak dia  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.401214 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list