CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11370|Reply: 3

[Jenayah] Pemilik kondo mewah disaman lindungi PATI, scammer

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 28-3-2024 12:20 AM

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membongkar aktiviti penipuan dalam talian melibatkan warga asing menerusi Ops Serkap yang dilaksanakan di sebuah kondominium mewah resort di Jalan U-Thant, di sini, Isnin lalu.

Dalam operasi kira-kira pukul 4.30 petang itu, JIM KL turut menyaman pemilik tempatan yang membiarkan kondominium itu dijadikan lubuk scammer seperti aduan diterima daripada orang awam.

Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi disertai seramai 36 pegawai pelbagai pangkat daripada JIM KL dengan bantuan kekuatan daripada Ibu Pejabat Jabatan Imigresen , Putrajaya, serta Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) KL.

“Serbuan dan pemeriksaan dilakukan ke atas beberapa unit kondominium dan sekitar laman resort yang dikawal ketat oleh dua lapisan kawalan keselamatan.

“Seramai 28 individu diperiksa dan enam daripadanya merupakan warga asing berusia lingkungan 35 hingga 56 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga China dan Myanmar.

“Kita telah mengeluarkan satu keping saman kepada saksi kepada pemilik kondominium resort warga tempatan bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, beberapa unit premis kondominium resort tersebut dipercayai digunakan sebagai pusat aktiviti penipuan dengan penglibatan ‘scammer’ secara dalam talian.

“Terdapat beberapa buah komputer riba, set komputer berskrin besar, tablet, telefon bimbit, ‘router’ wifi dan sejumlah 11 pasport antarabangsa ditinggalkan di dalam bilik beberapa unit kondominium berkenaan.

“Mereka dipercayai telah melarikan diri melalui tingkap belakang apabila menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa,” katanya.

Kesemua tangkapan dibuat adalah di bawah kesalahan yang dikenal pasti telah melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Kita ingin mengingatkan kepada pemilik-pemiik premis dan majikan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan petualang negara yang didapati melindungi PATI atau membenarkan PATI memasuki dan berada di dalam premis mereka.

“Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya didapati telah berlaku pelanggaran undang-undang negara yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Adegan yang ingin kita lihat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang je....banyak je premisz runah kampung sewakan rumah pada pekerja asing tanpa permit...siap berniaga tanam sayur sewa tanah lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.390399 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list