CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13864|Reply: 0

[Sarawak] Tawaran kerja sambilan, lelaki kerugian RM120,000

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:39 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Seorang kakitangan swasta kerugian RM120,000 selepas tertipu dengan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, berkata terdahulu mangsa dalam lingkungan usia 30-an melayari aplikasi instagram di kediamannya sebelum menerima pesanan seorang individu yang dikenali remembey_lee.

Individu tidak dikenali itu, katanya, menawarkan mangsa pendapatan sampingan sebagai jurujual melalui pautan ‘oberlo.Ws’.

“Bagi mendapatkan bayaran, mangsa perlu mendaftar di pautan ‘oberlo.Ws’ dan membuat pembelian barangan yang dijual secara pukal. Keuntungan diperoleh hasil jualan dibayar kepada mangsa.

“Setelah membuat pendaftaran, mangsa telah membuat pembelian secara pukal untuk dijual semula kepada pembeli.

“Pada pertengahan Mac 2024, dia membuat sembilan transaksi wang secara berperingkat ke enam akaun bank yang berbeza berjumlah lebih kurang RM120,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu setelah semua pembelian dilakukannya masih tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan.

Malah katanya, mangsa diminta untuk membuat bayaran tambahan namun tidak berbuat demikian kerana telah kehabisan wang.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai agar tidak melayan panggilan telefon yang tidak dikenali.

“Mereka juga boleh menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (telefon scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya) atau memuat turun aplikasi Whoscall,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list