CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14136|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengamuk pukul bapa, isteri dengan kayu dipenjara 20 bulan

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:32 PM | Show all posts |Read mode


Kamri (kiri) diiringi polis keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kuching, hari ini selepas dijatuhkan hukuman.

KUCHING: Seorang lelaki yang mengamuk dan bertindak memukul bapa serta isterinya menggunakan sebatang kayu dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Kamri Kamil, 46, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah sebaik didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dari dua seksaan tersebut, jika sabit kesalahan.

Hakim Saiful Bahari Adzmi menetapkan Kamri dijatuhi hukuman penjara 20 bulan bagi setiap pertuduhan dihadapinya dan memerintahkan hukuman itu dijalankan secara serentak.

Berdasarkan fakta kes, Kamri mengamuk di sebuah rumah di Kampung Lidah Tanah, Siniawan, Bau pada 19 Januari 2024 sekitar jam 10 malam.

Semasa kejadian, Kamri bertindak memukul bahu kiri isterinya, 34, dan turut memukul bapanya, 68, di bahagian kepala dengan menggunakan sebatang kayu.

Bapa Kamri kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan, sementara isteri Kamri membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kamri seterusnya ditangkap pada malam yang sama dan polis turut merampas sebatang kayu yang digunakan oleh Kamri untuk mencederakan mangsa.

Hasil siasatan mendapati isteri Kamri telah didiagnosis dengan kecederaan tisu lembut di atas bahu kirinya, manakala bapanya disahkan mengalami luka robek pada kulit kepala kiri, selain mengalami kecederaan tisu lembut pada tangan kiri.

Difahamkan, mangsa tidak mengetahui punca Kamri bertindak demikian namun semasa prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri memaklumkan mahkamah bahawa selepas meneliti laporan psikiatri Kamri, Kamri didapati layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065035 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list