CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5814|Reply: 0

[Sabah] Sabah wajar mempunyai industri hiliran sendiri

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:48 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (tiga kiri) semasa berbuka puasa di Pulau Gaya dan mengagihkan sumbangan kepada golongan asnaf dan fakir miskin, turut sama Naib Presiden Datuk Junz Wong (dua kiri) dan Ketua Bahagian Putatan Datuk Uda Sulai (empat kiri) serta Ketua Wira Terrence Au (kiri). (Gambar bawah) Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal bersama Rakyat menunai Solat.

KOTA KINABALU: Sabah perlu mempunyai industri hiliran untuk mengeluarkan produk sendiri hasil daripada kekayaan sumber alam di negeri ini.

Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, bahan mentah seperti kayu balak serta pasir silika harus diproses dalam negeri ini agar industri hiliran dapat memberikan manfaat kepada rakyat serta negara.

"Saya berharap kerajaan Pusat boleh mengambil tindakan yang tegas secepat mungkin mengenai ketirisan yang berlaku khususnya berkaitan dengan pengeksportan sumber bumi.

"Sekiranya lambat, kita tidak tahu berapa ratusan juta hasil diperolehi...yang sepatutnya dinikmati rakyat dan negara," katanya ketika ditemui pada  Majlis Iftar Ramadan dan Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Asnaf di Pulau Gaya di sini, hari ini.

Shafie berkata, beliau juga telah memaklumkan di sidang Parlimen bahawa Sabah perlu mempunyai industri hilirannya sendiri.

Katanya, Semenanjung Malaysia sudah mempunyai industri berkenaan dan sudah tiba masanya Sabah turut mempunyai sektor hiliran yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini.

"Kita tidak mahu bahan mentah yang dieksport keluar itu, hasilnya tidak dinikmati rakyat.

"Kini, hampir keseluruhan rakyat Sabah mengeluh mengenai masalah kehidupan...harga barangan naik, isu peluang pekerjaan, kesihatan dan pendidikan.

"Rakyat kini terdesak memerlukan bantuan sewajarnya dan berhak mempunyai sebuah kerajaan yang lebih baik," katanya.

Mantan Ketua Menteri itu berkata, kilang minyak masak contohnya, industri hiliran yang diwujudkan Kerajaan WARISAN itu telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Katanya, usaha itu juga mampu mengelakkan golongan belia daripada berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060295 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list