CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7498|Reply: 66

[Tempatan] Ulang-alik 270km tiap hari pergi kerja

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Ulang-alik 270km tiap hari pergi kerja
Oleh
QURRATUL AINA QUDDUS
27 Mac 2024 10:20am



Tangkap layar video di aplikasi TikTok Reno yang menceritakan perjalanan harian sejauh 135km itu mendapat perhatian pengguna media sosial berkenaan.

SHAH ALAM - Seorang suami sanggup meredah sejauh 270 kilometer (KM) setiap hari untuk bekerja di ibu kota Kuala Lumpur kerana lebih memilih menetap bersama ahli keluarga di Felda Chemomoi, Pahang.

Ayah kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Reno, 31, berkata, dia mengambil masa sekitar dua jam 30 minit bergantung pada keadaan cuaca.

Menurutnya, jarak perjalanan sehala dari kediamannya adalah 135 km dengan menggunakan jalan pedalaman di kawasan Manchis-Telemong-Karak untuk ke KL.

“Saya menetap di Taman Desa Baris di kampung yang bersebelahan dengan Felda Chemomoi, jadi tempoh perjalanan kadang-kadang tidak menentu.

“Kalau motor CC kecil, saya akan bawa dengan kelajuan maksimum 120 kilometer per jam (km/j) termasuk berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R) sekitar satu jam 30 minit,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Reno yang bekerja di kilang swasta di Keramat menceritakan dia mula berulang alik dari Pahang sejak 2016 dan menetap di Kuala Lumpur sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika Covid-19 melanda.

Ujarnya, dia memulakan semula perjalanan sejauh 270km sehari pada pertengahan 2023 atas faktor kos sara hidup tinggi memandangkan hanya dia yang bekerja serta menanggung ahli keluarga lain.

“Pada 2019 saya berkahwin, tapi jodoh tak panjang dan tiada anak. Jadi saya menetap di KL sendirian.

“Pada 2023 pula, saya menikah kali kedua dan mempunyai cahaya mata. Oleh itu, saya buat keputusan untuk menetap sahaja bersama anak dan isteri,” jelasnya.

Ditanya mengenai kos perjalanan, Reno memaklumkan, kira-kira RM600 digunakan untuk kos minyak petrol dan selenggara motosikal manakala RM400 untuk kos makanan namun ia mengikut keadaan kerana kebiasaannya isteri sudah menyediakan bekalan dari rumah.

“Saya akan servis motosikal jenama Yamaha 125zr ini empat hari sekali dan sebulan hampir dua kali tayar akan diganti,” katanya lagi.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukurlah korang orang Pahang yang ada job kat negeri Pahang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi sendiri yg sanggup bukan terpaksa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 27-3-2024 09:01 PM
B40tastePosh replied at 27-3-2024 07:48 PM
Bersyukurlah korang orang Pahang yang ada job kat negeri Pahang tu.


Negeri Pahang memang kurang peluang pekerjaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:07 PM | Show all posts
moga diberi kesihatan yg baik dan bahagia berpanjangan bila berkahwin buat kali kedua.
tentu dia dah buat sebaik-baik pertimbangan.
tp kalo ada rezeki yg lebih baik dan dekat dgn rumah elok lah pindah sebab dah ada keluarga kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju je beberapa justification utk bawak motor jauh2 g keje. Tapi fikirkan keselamatan dan kesihatan diri juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjadi tak cerdik tu pilihan....
Blh je cari rumah sewa sbb isteri pun bkn be kerja.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh hampa. Ingatkan Kelate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ini.pilihan. kalau dia rasa berbaloi, ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:52 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:54 PM | Show all posts
itu pilihan yg dia nak...semoga baik2 buat dikau
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:57 PM | Show all posts
Naik moto ni kena extra alert, hati-hati dan cekal.

Bukan senang.

I ada staff yg awal2 dulu ulang alik melaka hari2 sb tak mampu nk sewa bilik. I rasa i yg sakit jiwa time tu sb awal2 pg mesti dia msg akan masuk lambat. Hujan la, moto rosak la..

Last2 i suruh dia tidur office sb my workplace x boleh tolerate org kerap masuk lewat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:34 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 29-3-2024 02:57 PM
Naik moto ni kena extra alert, hati-hati dan cekal.

Bukan senang.

pastu dia tidur tak opis tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat berulang alik setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik jadi weekend husband. 600 tu guna utk sewa bilik+makan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:52 PM | Show all posts
renko replied at 29-3-2024 03:34 PM
pastu dia tidur tak opis tu

tido..ditemani 'team shift malam' ..wakaka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jln pendalaman area tu dah a lah jln kecik, berlingkar2 mcm ular kena palu... ada masa sunyi, tak byk kenderaan so bit scary gak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols ulang alik JB-KL-JB on weeknd je pn i rasa penat… dia kata OK, tp sbnrnya penat tu xpe lg, more to risau je kita yg menunggu ni. Selagi x smpai mmg x tido lh, tu pasal klu ahad mlm je iols suh dia blk gerak cpt2 sblum 9:30 mlm..so bleh lh smpai by 1 pg i pn bleh tido dgn aman.

Apapn, semoga brader ni dilindungi selalu n ada rezeki lbih utk bwa family duk dkt sket.. cri rumah kg sewa kt area kmpung gombak tu ke, dkt2 tmpt org asli at least..bleh gna masa lbih utk rehat2
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:39 PM | Show all posts
misc replied at 29-3-2024 03:52 PM
Baik jadi weekend husband. 600 tu guna utk sewa bilik+makan.

Betul sangat ni.  Sewa bilik furnished, balik weekend je.  Kalau cuti boleh bawa anak bini duduk KL jalan2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini xkeje lagi senang nak pindah KL.

Xdelah penat ulang alik. Pilihan di tangan anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.092930 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list