CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5144|Reply: 1

[Dunia] Lelaki tukar nama untuk jadi calon presiden AS Dari EBay ke Else

[Copy link]
Post time 27-3-2024 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tukar nama untuk jadi calon presiden AS

DUSTIN Ebey menukar namanya kepada 'Literally Anybody Else'.
Houston: Seorang lelaki Texas menukar namanya secara sah kepada nama 'Literally Anybody Else' dan mengumumkan dia bertanding untuk presiden Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya 2024.

The Guardian melaporkan lelaki yang sebelum ini dikenali Dustin Ebey, 35, ialah seorang veteran tentera AS.

Guru matematik gred tujuh di pinggir bandar Dallas itu kini mempunyai lesen memandu Texas yang membuktikan namanya sudah berubah.

Lelaki itu berkata dia mahu menukar namanya kerana tidak berpuas hati dengan calon presiden tahun ini, Joe Biden dan Donald Trump.


"Seramai 300 juta orang boleh melakukan lebih baik," katanya merujuk kepada dua pendahulu untuk jawatan tertinggi negara AS itu.

Beliau berkata, sepatutnya ada jalan keluar untuk orang sepertinya yang muak dengan perebutan kuasa berterusan antara kedua-dua pihak yang tidak memberi manfaat kepada orang biasa.

Dia memerlukan 113,000 tandatangan daripada pengundi utama di Texas menjelang Mei untuk mendapatkan nama baharunya dalam kertas undi.

Oleh kerana itu, agak mustahil dicapai, dia berkempen untuk menarik orang menulis atas namanya itu di laman web calon.

"Kita tidak mempunyai pilihan 'tidak' dalam undian, dan jenis ini mengisi peranan itu," katanya.

Laman web calon itu berkata: "Secara harafiah, 'Literally Anybody Else' adalah laungan rali.

"Sudah terlalu lama rakyat Amerika menjadi mangsa parti politik, meletakkan kesetiaan parti berbanding tadbir urus.
"Mari bersama-sama menghantar mesej ke Washington dan berkata, 'Anda akan mewakili atau diganti'.

"Amerika tidak seharusnya terperangkap dalam memilih antara 'Raja Hutang' dan seorang yang berusia 81 tahun," katanya.

Disiarkan pada: March 27, 2024 @ 12:21pm

https://www.hmetro.com.my/amp/global/amerika-utara/2024/03/1074444/lelaki-tukar-nama-untuk-jadi-calon-presiden



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
abes tu nk panggil apa ni??? mr.else???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058074 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list