CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6703|Reply: 44

[Tempatan] Kos sara hidup tinggi punca warga KL, Lembah Klang tak bahagia

[Copy link]
Post time 27-3-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Kos sara hidup tinggi punca warga KL, Lembah Klang tak bahagia

Oleh Muhammad Nazhan Kamaruzuki
Mac 27, 2024 @ 11:51am
bhrencana@bh.com.my


Untuk rekod, lebih 30 peratus daripada 33.4 juta rakyat Malaysia menetap di Lembah Klang. - Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad



Titah Yang di-Pertuan Agong agar perhatian dan peruntukan kemajuan dibahagikan secara saksama kepada semua negeri demi pembangunan seimbang wajar diberikan perhatian oleh perancang bandar, penggubal dasar serta institusi berkaitan.

Hakikatnya, maksud kemajuan bandar dan ketamadunan unggul dicita-citakan sejak sekian lama masih tidak tercapai, walaupun pembangunan fizikal pesat berlaku di Kuala Lumpur serta Lembah Klang.

Secara teori, isi rumah dan individu merasai peningkatan produktiviti kehidupan apabila lebih banyak peluang pekerjaan serta jenis perkhidmatan terzahir. Perniagaan dan perindustrian juga mendapat manfaat dari segi penjimatan kos apabila berkongsi infrastruktur sama dalam sesebuah kawasan.

Walaupun terdapat kesan negatif perbandaran seperti kesesakan jalan raya, pengurusan kebersihan dan pencemaran alam, aspek positif terutama peluang ekonomi boleh dianggap sebagai elemen produktiviti menjadi pertimbangan besar.

Pertimbangan pro dan kontra akan memandu individu membuat pilihan terbaik, iaitu memberikan nilai fungsi utiliti paling tinggi hingga mengambil keputusan menetap atau berhijrah ke bandar.

Namun, pertambahan populasi di bandar tidak semestinya sentiasa meningkatkan manfaat urbanisasi. Ini kerana sesebuah bandar mempunyai satu saiz optimum hingga pertambahan penduduk boleh menyebabkan sesebuah kawasan menjadi terlalu sesak, sekali gus mencetuskan lebih banyak mudarat.

Penumpuan populasi di sesebuah kawasan memberi gambaran wujudnya urbanisasi gergasi dominan di sesebuah negara. Urbanisasi gergasi sering dikritik sarjana sebagai urbanisasi tidak mampan yang sering melanda negara membangun seperti Bangkok, Jakarta, Dhaka dan Kaherah.

Untuk rekod, lebih 30 peratus daripada 33.4 juta rakyat Malaysia menetap di Lembah Klang. Pada masa sama, Lembah Klang juga menampung warga asing pelbagai status sosioekonomi hingga menimbulkan persoalan sama ada populasi besar mendatangkan lebih banyak manfaat atau sebaliknya.

Kita kerap mendengar rungutan sering menghantui penduduk bandar terutama di Lembah Klang, iaitu walaupun mendapat pendapatan tinggi berbanding di luar bandar, mereka perlu menanggung kos perumahan jauh lagi mahal dan kualiti kehidupan boleh dipersoalkan.




- Foto hiasan




Ada kajian universiti tempatan mendapati penduduk Lembah Klang terpaksa membazirkan hingga dua jam setiap hari untuk mengharungi kesesakan jalan raya, walaupun berpuluh-puluh bilion ringgit dibelanjakan bagi pengangkutan awam.

Pembaziran masa ini bukan sahaja mengurangkan produktiviti pekerja, bahkan mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental mereka.


Kesihatan mental

Kementerian Kesihatan pernah melaporkan penduduk Lembah Klang mengalami kes kesihatan mental paling tinggi antara puncanya kos sara hidup dan miskin bandar.

Malah, Kajian Indeks Kebahagiaan terbaharu dikeluarkan PlanMalaysia melaporkan hanya satu bandar sahaja sekitar Lembah Klang berada dalam senarai 10 bandar paling bahagia di negara ini, padahal penduduknya membayar kos perumahan lebih tinggi.

Jika wilayah lain gagal menarik orang muda dan siswazah dengan tawaran pekerjaan menarik, maka Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan terus bertambah sesak.

Lebih ramai lagi menaruh nasib dengan mengejar peluang di Kuala Lumpur dan Lembah Klang berbanding menetap di kampung halaman yang mempunyai peluang ekonomi terutama pekerjaan sangat terhad.

Mereka akan tersepit antara hidup dalam kesesakan bandar dengan kemajuan perlahan di luar wilayah Kuala Lumpur.

Oleh itu, perancangan wilayah lain memerlukan peruntukan lebih besar bukan sahaja untuk kemudahan infrastruktur, bahkan demi menjana peluang pekerjaan sepadan dengan tahap pendidikan dan kemahiran tenaga buruh, terutama siswazah.

Agensi kerajaan sama ada peringkat Kerajaan Persekutuan negeri, mahupun tempatan perlu berganding bahu untuk menzahirkan nilai MADANI sebenar melalui pembangunan wilayah seimbang.




https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2024/03/1228548/kos-sara-hidup-tinggi-punca-warga-kl-lembah-klang-tak-bahagia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2024 04:31 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 27-3-2024 04:33 PM


Malah, Kajian Indeks Kebahagiaan terbaharu dikeluarkan PlanMalaysia melaporkan hanya satu bandar sahaja sekitar Lembah Klang berada dalam senarai 10 bandar paling bahagia di negara ini, padahal penduduknya membayar kos perumahan lebih tinggi.

Ummah Petaling Jaya juara 10 terpaling bahagia katanyer sedangkan satu Lembah Klang berkata sebaliknya tersenyum sinissssss
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
saiya bahagia la abang-bangla.
gue aman2 aja-indon
semua ok-nepal
saya boleh niaga-mynamar
apa pun boleh-negro
semua apa boleh-rohingya
kita semua asing worang sini malezia banyak bahagia la-semua PATI
           
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:21 PM | Show all posts
Gitchewww
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tak bahagia ke shopping tiap2 minggu???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 27-3-2024 11:47 PM
tak bahagia ke shopping tiap2 minggu???

Yg tak.bahagia tu saapa?
Yg shopping tiap minggu tu sapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 28-3-2024 12:02 AM
Yg tak.bahagia tu saapa?
Yg shopping tiap minggu tu sapa?

ntahhh.. tapi kalau tak bleh shopping tiap minggu buat apa duk bandar kan???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
I bahagia je sebab single, tanggung diri sendiri. Ulang alik kerja pun 25-35 min sehala so takde la stress sangkut atas jalan. Rezeki jugak dapat jiran baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semua negeri berdaya saing, maju, peluang pekerjaan banyak, takde lah rakyat berhijrah jauh sampai Lembah Klang ni pack giler.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Best apa ddk lembah klang. Mcm2 ado. Better dari duduk pantai timor
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 28-3-2024 01:06 AM
Kalau semua negeri berdaya saing, maju, peluang pekerjaan banyak, takde lah rakyat berhijrah jauh sa ...

Betul semua beban letak pada Selangor dan W.P KL.

Padahal negara ni negara Persekutuan pergi lah majukan negeri masing2.

Dalam Gagasan Malaysia ni ada negeri yang jadi Sleeping Partner dalam Gagasan Malaysia..punca Malaysia tak jadi negara Maju walaupun berbentuk Persekutuan seperti USA dan Russia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bahagia ke? Kawan I bahagia je nun di sana. Rumah selesa, walaupun rumah apartmen, tapi semua lengkap. Kadang kadang tak happy pasal kerja, life dengan family, biasa la tu. Tapi all in all, duit jugaklah antara puncanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 12:11 PM | Show all posts
Ye ke....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang KL kalau duduk kampung pun tak tahan...tak tahan panas
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 28-3-2024 12:04 AM
ntahhh.. tapi kalau tak bleh shopping tiap minggu buat apa duk bandar kan???

org dok di bandar sbb peluang kerja...kalau stakat shopping acik kat ceruk tokkun pun blh order brg online bkn tiap mggu, setiap jam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb ko duk asik bertanding nak jadi terpaling segala segi segala mewah..


Cer hidup biasa2 je.. makan sedap tak perlu tunjuk segala benda... sekali skala nak snap ok je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 5-4-2024 12:36 PM
org dok di bandar sbb peluang kerja...kalau stakat shopping acik kat ceruk tokkun pun blh order br ...

camtu kerja jer lah, nape merungut tak bahagia plak?? tak bahagia sbb living cost naik, gaji cukup2 makan so tak bleh shopping tak bleh enjoy.. org kt ceruk tokkun pun living cost naik jugak.. gaji kt ceruk tokkun lagi la ciput
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagia senang je.. xpayah tgk lifestyle orang lain.. ikut kemampuan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 02:49 PM | Show all posts
bahagia terletak dlm diri sendiri, bukan atas kos sara hidup
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 02:50 PM | Show all posts
ezacbee replied at 5-4-2024 02:44 PM
Bahagia senang je.. xpayah tgk lifestyle orang lain.. ikut kemampuan sendiri.

sebab suka banding-banding la manusia jadi stres...memang yahudi zionis suka manusia banding2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.434809 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list