CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6471|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ahli perniagaan PhD dituduh sebabkan lelaki kerugian RM1.3 juta

[Copy link]
Post time 27-3-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Chandrasegaran diiringi anggota polis atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan. FOTO Danial Saad

Butterworth: Ahli perniagaan berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini atas lima pertuduhan menerima wang deposit tanpa lesen sah dan memperdaya seorang lelaki menyertai pelaburan tidak wujud menyebabkan kerugian hampir RM1.3 juta, antara enam ke tujuh tahun lalu.

Tertuduh G Chandrasegaran, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nor Aini Yusof dan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen, Chandrasegaran didakwa menerima wang deposit berjumlah RM820,000 daripada seorang lelaki berusia 53 tahun tanpa lesen sah.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Teratai Indah, di sini antara jam 10.33 pagi hingga 10.44 pagi, pada 28 Disember 2017.


Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Chandrasegaran turut tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan memperdaya mangsa sama untuk menyertai pelaburan tidak wujud.

Tindakan itu menyebabkan mangsa kerugian RM475,000 apabila menyerahkannya sendiri wang kepada tertuduh termasuk membuat beberapa pindahan ke dalam akaun bank milik tertuduh, antara 28 Januari 2018 hingga 5 Mac 2018.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan akan berdepan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun dan Mahkamah Majistret pula dikendalikan oleh Nurameera Shahrul Azrin, manakala tertuduh diwakili peguam R Arvend.

Nor Aini membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin termasuk diminta melapor diri di balai polis setiap bulan serta dihalang untuk mendekati saksi pendakwaan.

Manakala, Siti Zulaikha pula menetapkan jaminan RM32,000 bagi semua pertuduhan termasuk tertuduh dikenakan syarat tambahan sama seperti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen.

Kes disebut semula pada 26 April depan untuk serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kerugian-rm13-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049282 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list