CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6087|Reply: 8

[Tempatan] 'Akta Kerja 1955 boleh selesai isu gaji guru PASTI'

[Copy link]
Post time 27-3-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 27-3-2024 12:36 PM

'Akta Kerja 1955 boleh selesai isu gaji guru PASTI'

Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Mac 27, 2024 @ 12:27pm
yusri.muzamir@bh.com.my


Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Peruntukan dalam Akta Kerja 1955 (Akta 265) boleh digunakan sebagai mekanisme penyelesaian membabitkan isu gaji minimum guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata akta berkenaan perlu dipatuhi semua pihak bagi menjamin kepentingan masing-masing.

"PASTI ini tidak didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

"Namun, kita ada Akta 265 dan saya percaya akta ini perlu dipatuhi semua pihak untuk menjaga kepentingan masing-masing," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai cadangan penyelesaian isu gaji minimum dialami guru PASTI di seluruh negara.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa PASTI milik PAS adalah aktiviti sukarelawan membabitkan ahli parti, bukannya antara pekerja dengan majikan.



Ia rentetan memo Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKSM) mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap PASTI, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam, yang didakwa membayar gaji petugas di bawah kadar gaji minimum.

Guru PASTI didakwa dibayar serendah RM500, bergantung yuran dibayar ibu bapa dan kadarnya pula berbeza mengikut kawasan, selain dilaporkan tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta tiada pencen dan tuntutan kerja lebih masa.

Menjawab soalan asal, Kah Woh berkata, Dasar Pendidikan Digital (DPD) adalah komitmen KPM bagi memacu perubahan landskap pendidikan bagi melahirkan generasi fasih digital berdaya saing.

Beliau berkata, penekanan diberi kepada pemerkasaan ekosistem pendidikan digital meliputi enam teras strategik iaitu murid fasih digital, pendidik kompeten digital, budaya kepemimpinan digital berwawasan, pengupayaan infrastruktur dan infostruktur, kandungan digital berkualiti serta rakan strategik komited.

Bagi tujuan itu, katanya, KPM menyediakan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi terkini yang boleh diakses secara percuma.

"Sumber pendidikan dalam DELIMa menyediakan pelbagai bahan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan serta dapat memperluas peluang murid untuk belajar serta meningkatkan motivasi, prestasi dan potensi yang dapat membangunkan bakat secara menyeluruh.

"Sebanyak 42 peratus atau 2.1 juta murid menggunakan DELIMa secara aktif, sepanjang 2023," katanya.

Beliau berkata, capaian jalur lebar internet berkelajuan 30Mbps hingga 300Mbps juga disediakan di semua sekolah seliaan KPM, sama ada di bandar atau luar bandar bagi memperkasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan teknologi.

Selain itu, katanya, sebanyak 48 peratus sekolah disediakan dengan talian gentian optik, manakala talian jalur lebar tanpa wayar 4G (46 peratus) dan talian satelit (enam peratus).

"KPM juga mewujudkan pasukan petugas khas Pendidikan Digital untuk mempergiat dan memperkasa pelaksanaan DPD bagi memastikan ekosistem pembudayaan teknologi digital dalam PdP tersedia dalam usaha melahirkan generasi fasih digital.

"KPM komited memperkasa kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan berteraskan teknologi digital, seiring perkembangan pesat teknologi global dalam usaha melahirkan modal insan berilmu, beretika dan berdaya saing," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 01:15 PM | Show all posts
tapi kenapa ramai meroyan kata nak kacau sistem islam?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:22 PM | Show all posts
biasa la tu..tu semua jenis baca tajuk je x check btul2
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:25 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 27-3-2024 06:43 PM

takleh imagine kalo puak lobai penunggang ni jadi kjaan..nak bayar gaji cikgu Pasti pun failed ada hati nak perintah negara.lol
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 27-3-2024 01:15 PM
tapi kenapa ramai meroyan kata nak kacau sistem islam?

dia bagi ko 2 karipap ikea..pastu ada la nanti ko disuruh angkat semua sofa tu.............gitewla ibaratnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:28 AM | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2024 04:29 PM
dia bagi ko 2 karipap ikea..pastu ada la nanti ko disuruh angkat semua sofa tu.............gitewla ...

amende
tak faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 09:45 AM | Show all posts
PASTI memang ikut management tempat masing-masing.


Boss tak ok, hauk lah satu PASTI tu.


Boss ok, cikgu2 PASTI best, murid2 pun hebat.


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Weller replied at 29-3-2024 09:45 AM
PASTI memang ikut management tempat masing-masing.



Boss tu msti Islam kn? Pastu ikut ajaran mna lh smpai jd x OK tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 09:58 AM | Show all posts
aechae replied at 29-3-2024 09:54 AM
Boss tu msti Islam kn? Pastu ikut ajaran mna lh smpai jd x OK tu

Cikgu Besar PASTI surely orang PAS. cikgu-cikgu kecik pun.

pernah jadi kat PASTI tempat lama dulu

GB lama dedicated. budak-budak pasti naik SK tip top macam pra sekolah. pastu dia meninggal. yang ganti dia hauk habis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.079961 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list