|
PEDRO Acosta. FOTO AFP
Portimao: Pedro Acosta memukau di Grand Prix (GP) Portugal apabila memintas Jack Miller, Brad Binder, Marc Marquez dan juara bertahan MotoGP, Francesco Bagnaia.
Pelumba rookie itu sudah mencetuskan fenomena dalam dua pusingan pertama tahun ini dan muncul pelumba ketiga termuda yang menamatkan saingan di podium kelas perdana di Portimao.
Ramai yang melabelkan Acosta adalah bintang yang sedang meningkat naik dan ia tidak terkecuali di kalangan pasukan lain.
Bagi bekas pelumba, Michael Laverty, Acosta adalah anugerah yang diperlukan oleh MotoGP ketika ini.
"Semua bercakap kesukaran untuk memotong tetapi dia berjaya mengatasi empat pelumba yang paling sukar iaitu Miller, Binder, Marquez dan Bagnaia.
"Dia membuatnya kelihatan mudah tetapi ia sebenarnya tidak mudah. Malah ketika di temu ramah di atas podium, dia nampak mempunyai segala-galanya termasuk karisma, kepantasan dan gaya. Dia nampak cukup bersemangat.
"Kita semua akan bercakap mengenainya sepanjang musim ini. Pada musim pertamanya dia sudah menaiki podium," katanya.
Mengenai gaya tunggangan Acosta, Laverty berkata: "Kami sudah bercakap mengenainya ketika di Moto2 dan Moto3. Dia berupaya menunggang jentera dengan sangat baik."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... di-bualan-musim-ini |
|