CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8407|Reply: 89

[Tempatan] Persiapan sambut Aidilfitri kali ini 'hambar'

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Persiapan sambut Aidilfitri kali ini 'hambar'

https://www.malaysiakini.com/news/700820

Iqbal Harraz
Diterbitkan:  Mar 27, 2024 9:32 AM
Dikemaskini: 9:35 AM



Persiapan orang ramai bagi menyambut Adilfitri ketika ini dikatakan tidak begitu meriah atas alasan mereka berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan ekonomi semasa.

Tinjauan Malaysiakini di sekitar Kuala Lumpur mendapati rata-rata peniaga barangan kelengkapan untuk menyambut raya mengadu jualan mereka jatuh atau perlahan.

Peniaga baju raya Melayu di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Asnita Ahmad, menyatakan penurunan jualan itu begitu ketara berbanding apa yang dialaminya tahun lalu.

“Selalunya minggu kedua dan minggu ketiga Ramadan kita boleh lihat orang ramai mula membanjiri kawasan di sini tapi itu tak berlaku sekarang,” katanya.


Asnita Ahmad

Asnita, 50, turut berpandangan peningkatan harga barang terutamanya melibatkan keperluan asas menyebabkan masyarakat mula melihat baju raya baru bukan lagi keperluan utama.

“Sekarang ini dengan kuasa membeli semakin berkurang, ada orang berasa cukup dengan baju raya tahun lepas saja,” katanya.

Faktor pembukaan penggal baru persekolahan yang kebetulan pada awal Ramadan, kata Asnita, juga menyumbang kepada suasana persiapan hari raya yang hambar.

Bagi Toriq Muhammad, 29, dia berpendapat disebabkan Aidilfitri mungkin disambut pada 10 April, maka kebanyakan pembeli menunggu gaji mereka masuk pada akhir bulan ini untuk berbelanja lebih.


Toriq Muhammad

“Saya percaya kebanyakan pembeli berhati-hati membelanjakan simpanan mereka kerana lebih fokus kepada perbelanjaan berbuka puasa dan membeli kelengkapan sekolah,” katanya.

Keadaan berbeza pula di mata jurual syarikat pengeluar baju raya Bulan Bintang, Rashid Zainal.

Kata pemuda berusia 30 tahun itu, setakat ini dia melihat pengunjung terus mengunjungi kedainya untuk membeli baju raya.

“Pada pandangan saya, pengunjung mengutamakan baju raya yang lebih “trending” untuk dibeli sebagai persiapan menyambut raya, di samping kualiti jenama Bulan Bintang semakin bertambah baik,” katanya.

Peniaga lampu elektrik, Misran Ahmad, 66, memberitahu sejak dua tahun ini dia sangat sukar untuk mencapai keuntungan RM200 sehari.


Misran Ahmad

“Kalau hendak membeli baju dan kuih raya pun orang berkira, apatah lagi lampu raya yang saya jual ini.

"Saya rasa masyarakat memang berjimat cermat membeli barang yang mereka perlu saja,” katanya.

Penjual songkok dan samping, Robi Musra, 30, memberitahu pada tahun ini jualannya merosot kira-kira 80 peratus dipercayai kesan kurangnya kuasa membeli dalam kalangan masyarakat.

“Tambahan pula Ramadan ini jatuh pada waktu awal persekolahan, ibu bapa memang fokus kepada perbelanjaan anak-anak,” katanya.

Peniaga kuih raya, Mahmud Seeron, 60, juga mengadu jualannya berkurangan dengan ketara pada tahun ini.


Mahmud Seeron

Katanya jika dulu dia selalu tidak ada kesempatan untuk duduk kerana melayan pelanggan, keadaan jauh berbeza pada kali ini.

"Sekarang ini boleh saya katakan, saya banyak menghabiskan masa tidak berbuat apa-apa," katanya.

Mahmud juga mengakui dia terpaksa menjual produknya lebih mahal berbanding waktu biasa kerana terkesan dengan peningkatan harga bahan membuat kuih.

Tinjauan terhadap golongan pengguna juga menunjukkan kecenderungan yang sama.

Kakitangan awam, Ridzwan Khatib, misalnya memberitahu untuk persiapan Aidilfitri kali ini, dia terpaksa melakukan banyak penjimatan.


Ridzwan Khatib

Kata Ridzwan, 36, kalau dahulu dia boleh membeli baju raya sehingga empat helai namun kini bilangan itu berkurang kerana bebanan yang semakin bertambah.

Rin Ahmad, 36, pula menyatakan kenaikan harga barang adalah perkara yang memang tidak boleh dinafikan.

“Tahun ini memang saya tak dapat nak beli kuih raya sebanyak tahun lepas. Nak beli baju raya pun kena betul-betul tengok bajet.

“Tahun lepas apabila saya nak beli baju, bajet tidak lari namun namun tahun ini memang lari,” katanya.

Rin turut menambah insentif RM2,000 oleh kerajaan kepada pejawat awam pada 23 Feb lalu masih tidak mencukupi untuk persiapan hari raya seperti selalu.

“Wang itu telah saya gunakan untuk keperluan sekolah anak.

"Barang sekolah juga makin naik ditambah lagi anak saya ada lima orang.

"Apabila kerajaan beritahu bantuan raya tiada tahun ini sebab kerajaan dah beri insentif, memang kalau bagi saya tidak cukup,” katanya.


Fairul Rizal

Pemandu kenderaan awam, Fairul Rizal, 33, berpendapat untuk hari raya kali ini dia terpaksa memilih untuk dapat disesuaikan dengan kemampuan perbelanjaannya.

Hal itu kerana, katanya, sebahagian daripada peruntukan tersebut dibelanjakan kepada hal yang lebih penting seperti keperluan asas dan kelengkapan anak bersekolah.


Man Halili

Penjual peralatan golf, Man Halili, 27, berkata dia terpaksa berpuas hati dengan memakai baju raya tahun lepas saja kerana gaji yang masuk pada hujung bulan, manakala hari raya sebelum itu.

“Tahun ini memang saya beli baju raya untuk anak saja," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ada option tt. Org byk dh beli kt tt sbb hrga 3x ganda jauh lebih murah. Tp aku beli masa bulan syaaban, pergi pasar pagi... baju rm30 masa tu... jd rm80 bila dibawa ke bazar raya. Peniaga cuma caj hrga sewa tapak kt customer. Now customer dh byk options.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:58 AM | Show all posts
Memang hambar sebab isu bekalan air di beberapa kawasan dalam Malaysia nih belum lagi habis-habis. Jadi, terpaksalah lupakan Hari Raya jawapannya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhu...
Ioi smalam.pung.lengang.je..
Ada yang Masih Belum dapat gaji.kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengadanya..

Kami nk balik jumpa mak ayah je bukan nak beraya pun

Wan Ismadi
Asal tumpat kerja shah ale
PKP 2020
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 27-3-2024 10:03 AM
Huhu...
Ioi smalam.pung.lengang.je..
Ada yang Masih Belum dapat gaji.kot

Malas nk kluar nok.
Lg meningkat usia lg berat kaki aku nk bjalan shopping.
Yg aku betol² g kedai fizikal beli kuih raya tunjuk² ja last week.
Yg lain pili² kt sopee jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 10:18 AM | Show all posts
ari minggu nnt ramai la kot..ramai dh yg dpt gaji
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:19 AM | Show all posts
itu yg iols sembang ngan anka dlm keta masa htr dia gi skola tadi dulu suasana raya dari malam raya hingga raya kedua masih hangat suasana like dgr je takbir menyelinap keseluruh alam feel raya. tapi skrg raya lepas je org takbir Allah hu akbar' tu je lepas tu terus flop takde feel dah. kesian budak2 raya skrg diorg pun tak tau mcmana feel ray ayg sebenar mcm kita kecik2 dulu. malam raya kt kampung pasang pelita bakat lemang. esoknya berjalan sana sini dgn spupu spapat ke rumah sdra mara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 10:50 AM | Show all posts
jual mcm harga babi kayangan
sapa nk beli
orang lain pun nk nyimpan duit gak
bukan nk kayakan kau je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:52 AM | Show all posts
dekat butik BB bangi bersepah org beratur
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:58 AM | Show all posts
La, anak sampai 5 dapat bantuan 2k, tapi still tak cukup.  Takanlah awak yg nak beraya anak beranak, orang lain pula kena tanggung.  2k tu supplement untuk cukupkan apa yg tak cukup..amboi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak tahun ni bercadang raya pakai baju tido je dik... Selesa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita yang sama dari tahun 2010.. Klu ikut logik  nya menjelang 2030 dah xde siapa kluar shoping raya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:21 AM | Show all posts
iols semalam 1st time pegi bazaar utk puasa kalini... iols pegi dlm pukul 6ptg mcm tu... byak gerai dh x berniaga... yg masih meniaga pun byak lagi juadah x terjual
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:27 AM | Show all posts
pelik aku mak bapak jenis yg tahu complaint & mengharap bantuan semata..xde nk menyimpan bagai utk anak sekolah, raya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:11 PM | Show all posts
Normalise kn lh persiapan ala kadar ikut bajet tu bkn nya sbb hambar ke apa...

Dh duit x byk, beli yg perlu jelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 12:24 PM | Show all posts
segala nya mahal..yang mampu beli geng2 pak menteri sembang lebat, kaki makan rasuah sebab duit banyak je, pempengaruh produk timbang kilo & seumpama dengan nya..Netizen marhaen mampu tgk je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:45 PM | Show all posts
bonus takde ..kalo gaji masuk awal insyaAllah la meriah persiapan ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:47 PM | Show all posts
smlm pergi tebing bandar dato onn
agak sendu, ke sebab masih awal dlm 430++pm tapi kalau kt kl waktu gini dh penuh dgn manusia.. kena selak org baru nampak jalan
ke kt jalan tar pun sama je sendu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:05 PM | Show all posts
Sedih baca berita ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.231072 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list