CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11173|Reply: 0

[Kedah] Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas

26 Mac 2024 09:06pm








Pantai Tanjung Rhu di Langkawi antara lokasi panas kejadian lemas di Kedah. Gambar fail




ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenal pasti 10 lokasi panas kes lemas di seluruh negeri itu termasuk di Langkawi.

Pengarah JBPM Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh di kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pada musim perayaan.



Menurutnya, antara lokasi itu ialah di Pantai Tanjung Rhu, Pantai Pasir Berdengung dan Pulau Rebak di Langkawi.
"Kawasan di tanah besar ialah di Sungai Kampung Kuala Pai dan Air Terjun Puncak Janing di Padang Terap, Sungai Kedah, Sungai Kuala Muda, Air Terjun Junjung di Kulim dan Air Terjun Bukit Wang di Jitra,” katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pemeriksaan Bangunan Bagi Tujuan Menghapuskan Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di sini pada Selasa.

Awang Hidzel berkata, pihaknya tidak melarang orang ramai berkunjung ke lokasi terbabit, namun menasihatkan mereka agar mengawasi diri dan anak-anak kecil serta mengelak mandi di kawasan berbahaya bagi memastikan tiada tragedi berlaku ketika musim perayaan ini.

"Kita tak melarang tapi kalau boleh elak. Kalau pergi janganlah kita jauh dengan anak-anak, jangan kita leka sebab kita tak tahu keadaan persekitaran,” katanya yang turut memberitahu sebanyak 31 kes lemas dilaporkan di Kedah sepanjang tahun lepas dan 24 daripada mangsa meninggal dunia.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemilik inap desa di negeri itu untuk memastikan premis mereka dalam keadaan baik dan selamat sebelum menerima pengunjung yang dijangka meningkat menjelang hari raya nanti.




"Setiap inap desa perlu ada sekurang-kurangnya satu alat pemadam api, kita mahu pemiliknya bertanggungjawab bagi memastikan bangunan itu dalam keadaan baik dan sistem keselamatan seperti diarahkan dilaksanakan,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065510 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list