CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5820|Reply: 1

Lelaki Tunggang Motosikal Elektrik Dalam Masjid

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode






JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan  seorang lelaki menunggang sebuah  motosikal berkuasa elektrik di dalam masjid, lapor portal berita Wolipop semalam.


Dalam video yang dikongsikan di platform TikTok, motosikal dinaiki lelaki tersebut dilihat melalui ruang solat yang tidak mempunyai jemaah ketika itu.


Menurut perakam video tersebut, Aify, dia ketika itu sedang berehat di dalam masjid di wilayah Kalimantan Selatan itu setelah menunaikan solat zuhur.


Tiba-tiba, lelaki berkenaan muncul dengan menunggang motosikal, membuatkan Aify keliru melihat situasi tersebut.


“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat orang menunggang motosikal di dalam masjid,” katanya.


Tambah Aify, selepas diselidik, dia mendapat tahu bahawa motosikal tersebut sememangnya digunakan untuk mengangkut kotak air mineral dan pelbagai barangan berat lain.


Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.


“Lebih baik pakai troli kerana lebih banyak fungsi, elok dipandang dan murah untuk mengangkut barang. Namun, ia terpulang kepada pihak pengurusan masjid. Mungkin ia mahu dilihat lebih unik,” kata seorang netizen.


“Mohon izin menjawab. Motosikal itu memang digunakan khusus di dalam masjid sahaja. Ia tidak dibawa ke luar dan digunakan untuk mengangkat kotak air mineral,” kata netizen lain. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh ye la motor kan mana de break.  Tengok je lah kat malaysia ni kalau keta dah signal tukar lane dia lagi jauh dah hon hon tapi tak perlahan sbb tak de break kan. Pastu maki driver keta. So tak boleh salahkan pok cik ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050304 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list