CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5957|Reply: 0

[Sabah] Dua lelaki merompak guna parang dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:22 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Kedua-dua tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku salah merompak menggunakan parang ke atas seorang guru wanita di Kampung Pasir Putih di sini, dua minggu lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Hafiz, 20, dan rakannya warga Indonesia Hamzah Azri,43, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mereka dituduh merompak secara berkumpulan terhadap harta milik Nurhayati Sakka iaitu sebuah beg tangan coklat, sebuah dompet biru, lima kad bank, satu kad kesihatan Pru Health Prudential, Mykad, satu buku akaun simpanan Lembaga Tabung Haji serta lesen memandu.

Kedua-dua tertuduh melakukan rompakan itu menggunakan sebilah parang dan seutas tali nylon yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian di Kampung Pasir Putih, Blok B, Lorong 17 Garuda, Jalan Sin San, Tawau pada 5.40 pagi, 15 Mac 2024.

Perbuatan mereka dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan bagi Seksyen 395 manakala Seksyen 397 pula hendaklah dikenakan hukuman sebatan sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman lain yang dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 15 Mac lalu dan Hamzah perlu dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, seorang wanita yang ketika itu berada di kediamannya dan mahu keluar rumah untuk ke sekolah telah diserang dua lelaki yang tidak dikenali pada15 Mac, jam 5.40 pagi.

Mangsa juga turut dipukul beberapa kali di bahagian kepala dan tangan menggunakan sarung parang samurai.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Tawau, Hamzah sekali lagi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Majistret Don Stiwin Malanjum selepas mengaku bersalah kerana sengaja menghapuskan harta curi membabitkan rompakan terhadap seorang guru.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan serta ditetapkan menjalani hukuman itu dari tarikh ditangkap pada 15 Mac lalu, dan kes berkenaan dikendalikan pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Intan Jamrin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list