CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2588|Reply: 0

[Sabah] Bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar IPTA, bukti keprihatinan kerajaan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:16 PM | Show all posts |Read mode


FAIRUZ

KOTA KINABALU: Bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar dari Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan berkata, beliau yakin bantuan 'one off' yang diberikan secara terus kepada pelajar itu, pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak Sabah yang menuntut di IPTA seluruh negara.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, bantuan seumpama itu sememangnya memberi makna besar kepada anak-anak Sabah yang merantau mencari ilmu, jauh dari keluarga.

"Dengan nilai RM600 untuk seorang pelajar anak Sabah, pasti ini sesuatu yang amat menggembirakan dan insyaAllah dapat membantu meringankan beban anak-anak pelajar kita untuk pulang ke Sabah.

"Dana ini merupakan dana peruntukan khas Ketua Menteri dan saya sendiri secara peribadi amat bersyukur kerana usaha ini adalah usaha yang amat baik, dan mudah-mudahan akan terus dipanjangkan lagi pada masa akan datang, demi anak-anak Sabah yang merantau mencari ilmu.

"Di Kementerian Belia dan Sukan Negeri, saya bersama yang lain juga amat menyokong segala usaha positif untuk membantu golongan belia dan anak-anak muda tanpa memandang perbezaan bangsa atau agama.

"Asalkan anak kita anak Sabah, kita mahu berusaha sebaiknya membantu sebolehnya dari segala aspek yang boleh kita bantu," katanya.

Dalam pada itu, Fairuz turut menyeru semua syarikat penerbangan untuk bertimbang rasa dan tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan serta keadaan semasa khasnya berkenaan kos harga tiket penerbangan untuk anak-anak perantau Sabah pulang berhari raya.

"Semoga menjelang hari raya nanti, tidak ada kejadian anak-anak perantau kita yang tertinggal kapal terbang kerana jadual penerbangan diubah tanpa notifikasi awal, harga tiket dicas terlalu tinggi dan lain-lain masalah lagi, insyaAllah," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052609 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list