CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6263|Reply: 0

[Sabah] SMJ tekad Hajiji memposisi Sabah

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode


ANGIN sedang menyisir pantai ketika saya memandu menyusur Teluk Likas petang kelmarin. Tiupannya sejuk menerpa masuk dari tingkap kereta yang terkuak luas.

Dari kejauhan, saya melihat Menara Kinabalu -- Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) -- tersergam megah, dilatari Gunung Kinabalu. Pantulan cahaya senja biru laut memuncul raut warna sang gunung. Mengamit indah panoramanya.

Di kanan jalan, terpasak kukuh slogan `Sabah Maju Jaya' menghadap Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), satu lagi mercu tanda kemajuan negeri. Gagah memperkasa sebagai simbol perjuangan, sesuai pada namanya yang diangkat dari Jata Negeri Sabah.


Slogan seumpamanya sudah terpampang di serata pelosok negeri Sabah. Dipasang pada kebanyakan ruas jalan dan persimpangan strategik untuk mudah dipandang mata.

Melewati papan tanda itu, hati kecil saya berbisik sendiri. Kenapa slogan SMJ ini menjadi sasaran kritikan netizen dan politikus yang menongkah arus? Apakah yang mengerunkan mereka?

Mungkinkah kerana lurah perjuangan yang berbeza? Atau kerana hanya mahu mengejar popularitas di sebalik dinamika politik dan kebebasan demokrasi semata?

Debat dan sengketa tidak ada penghujungnya jika kita terus bersikap egoistik. Sebaliknya, jika berfikiran tuntas pasti menemukan lebih banyak kebaikan tersirat di sebalik apa yang mungkin dianggap jelek dan kurang baik.

Memahami makna sejati SMJ akan menyedarkan kita nilai-nilai murni slogan itu. Dan mendalami intipatinya tentu saja membangkitkan keinsafan betapa tinggi impian dan komitmen pimpinan negeri untuk rakyat dan `Sabah Tanah Airku'.

Secara mudah mengikut narasi verbal, SMJ adalah hala tuju pelan pembangunan Negeri Sabah yang menjangkau tempoh lima tahun sehingga 2025.


HAJIJI

Dilancarkan pada 29 Mac 2021, SMJ merupakan idea dan inisiatif yang diperkenalkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, sejurus mengambil alih teraju pemerintahan negeri pada September 2020.

Matlamatnya untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

SMJ berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

SMJ mengangkat `Sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan', manakala M membangun `Modal insan dan kesejahteraan rakyat' dan J pula mencipta `Jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.'

Terkesan dengan pelbagai kritikan terhadap SMJ mutakhir ini, Hajiji dalam majlis berbuka puasa di Beaufort beberapa hari lepas membidas pembangkang kerana terus-terusan menjadikannya sebagai modal politik bagi mengelirukan rakyat.

Dalam nada keras, beliau menyifatkan pembangkang sebagai diburu ketakutan sehingga menghentam kerajaan pimpinannya dan mengkritik SMJ `siang dan malam' walaupun slogan itu diangkat dari Jata Negeri Sabah.

"Sarawak ada slogannya, Sarawak Maju Makmur, begitu juga negeri lain di Semenanjung, semua ada slogan, tapi di Sabah pembangkang takut dengan slogan SMJ.

"Slogan ini (SMJ) baik iaitu ia mahu mengajak rakyat kita untuk maju dan sama-sama memajukan negeri kita, tapi mereka (pembangkang) tidak mahu ada slogan ini, mereka hanya mahu cerita politik siang dan malam," katanya.

Memandang jauh ke seberang,  Singapura juga mempunyai slogan `Majulah Singapura' mirip SMJ pada lambang negara berkenaan, mengandungi perisai merah dengan bulan sabit dan lima butir bintang -- membawa makna demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan.

Hakikatnya, SMJ adalah sebuah perancangan hebat dan berwawasan untuk membangunkan Sabah setelah sekian lama tertinggal arus pembangunan akibat politik pendulum pasca kemerdekaan dahulu.

Bayangkan, politiking berterusan selama 60 tahun telah membawa peralihan Ketua Menteri hanya berselang beberapa tahun, malah pada satu ketika digilirkan setiap dua tahun.

Kini Hajiji, sebagai Ketua Menteri ke-16, mewarisi berbagai rencam kesan politiking itu. Satu cabaran besar untuk digalas, bagi memposisikan semula Sabah pada landasan yang sebenar. Inilah yang mencetuskan ideanya memperkenalkan SMJ.

Di sebalik bermacam ujian dan gugatan dihadapinya, dari pandemik hingga kudeta, Hajiji tetap komited untuk menjayakan visi pembangunan SMJ itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.299290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list