CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3291|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Masjid Putra jadi tumpuan ,bayang-bayang seluruh dunia’ Khamis ini

[Copy link]
Post time 26-3-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar portal SunCalc yang memaparkan kedudukan zenith ketika berlaku kejadian Lahaina Noon di Masjid Putra, Putrajaya pada Khamis ini.

PUTRAJAYA – Pengunjung Masjid Putra bakal menyaksikan fenomena astronomi tahunan dikenali sebagai Lahaina Noon pada Khamis ini.

Kejadian itu yang hampir menyerupai fenomena ekuinoks disahkan pakar falak, Datuk Dr. Azhari Mohamed di mana i diunjurkan berlaku pada pukul 1.18 tengah hari.

“Ia seumpama peristiwa hari sifar bayang tetapi bezanya zenith atau lintasan matahari itu tidak terjadi tepat di garisan lintang 0 darjah iaitu Khatulistiwa.

“Seperti ekuinoks, fenomena Lahaina Noon turut berlaku dua kali dalam setahun, namun meliputi kawasan yang terletak antara garisan Sartan dan Jadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Secara geografi asas, Sartan atau Tropic of Cancer serta lawannya iaitu Jadi atau Tropic of Capricorn terletak masing-masing garisan latitud 23 darjah Utara dan 23 darjah Selatan.

Kedua-duanya merupakan had lingkungan maksimum zenith dan turut berlaku di Mekah apabila matahari melintasi tepat atas Kaabah yang dirujuk falak sebagai Istiwa A’dzam.

Mengulas lanjut, katanya, Lahaina Noon di Masjid Putra pula memperlihatkan bayang-bayang seluruh dunia menghala tepat di menara masjid ikonik Putrajaya itu tiga minit sebelum azan Zohor.

“Warga Malaysia di luar negara ketika itu boleh tahu kedudukan Putrajaya sebab matahari tegak atas masjid ini yang juga titik perjalanan darat 0 kilometer bagi Putrajaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... h-dunia-khamis-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.119072 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list