CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4154|Reply: 0

[Pulau Pinang] 18,000 pelajar Sabah terima subsidi tiket penerbangan RM10 juta - Hajiji

[Copy link]
Post time 26-3-2024 08:22 AM | Show all posts |Read mode
18,000 pelajar Sabah terima subsidi tiket penerbangan RM10 juta - Hajiji


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 25, 2024 @ 9:31pm bhnews@bh.com.my




Hajiji berbual bersama mahasiswa pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang di sini hari ini. Foto NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Kerajaan Sabah memperuntukkan subsidi tiket penerbangan berjumlah RM10 juta untuk semua pelajar dari negeri itu yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata bantuan khas sekali beri atau 'one off' sebanyak RM600 seorang kepada kira-kira 18,000 pelajar itu diharap dapat meringankan beban golongan terbabit sempena perayaan Aidilfitri kali ini.

"Ini memandangkan harga tiket yang agak mahal dan bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan, ia satu bebanan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri membantu meringankan beban mereka dalam menampung kos pembelian tiket.

"Jadi kita berharap dengan bantuan itu mereka dapat pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing," katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah di Pusat Konvensyen Setia SPICE di sini, malam ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah turut memaklumkan pemberian subsidi itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri yang akan disalurkan terus kepada pelajar terbabit dalam tempoh terdekat.

Katanya, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut dan bantuan khas itu boleh digunakan pelajar terbabit pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah.

"Insya-Allah saya ingat mereka boleh dapat dalam tempoh terdekat ini kerana kita sudah mempunyai data pelajar-pelajar berkenaan," katanya.

Terdahulu Hajiji berkata, sebanyak RM67.4 juta diperuntukkan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun ini bagi membolehkan lebih ramai anak Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054980 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list