CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3953|Reply: 20

[Tempatan] Bapa nak jual BMW kesayangan menampung kos rawatan anaknya, Muhammad Adif Zafran, 16, yang menghidap barah usus tahap satu.

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 26-3-2024 07:27 AM

https://www.facebook.com/share/p/e5hhreFG8g3HxhMk/?mibextid=Nif5oz

Kulai: "Kereta boleh cari tapi nyawa tiada ganti malah tak ada dijual di kedai," kata Erwan Shah Mohd Asen dari Felda Inas, di sini, yang berhasrat menjual kereta kesayangan demi mencari dana bagi menampung kos rawatan anaknya, Muhammad Adif Zafran, 16, yang menghidap barah usus tahap satu.




Erwan Shah, 43, yang bekerja sebagai mekanik bercadang menjual kereta model BMW E39 itu dengan harga RM18,000 dan memuat naik hantaran di Facebook (FB) bagi mencari pembeli serius kerana mahu wang segera.

"Kereta itu sudah ada dengan saya sejak hampir lima tahun lalu cuma jarang digunakan melainkan kalau berjalan jauh.

"Saya beli dengan harga lebih RM30,000 tapi nak jual RM18,000 kerana doktor sudah minta sediakan duit memandangkan ubat kemoterapi saja dianggarkan mencecah RM50,000.

Tak tahu macam mana nak dapat duit sebanyak itu jadi pagi semalam, saya muat naik hantaran di FB untuk jual kereta dan memang ramai PM (hantar kiriman mesej).

"Salah seorangnya dari Sabah yang katanya minat cuma masalahnya dia tinggal jauh dan kini, saya masih mencari lagi pembeli yang serius," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi mengenai keadaan anaknya, Erwan Shah berkata, anak sulungnya sudah tiga kali menjalani kemoterapi dan berat badannya juga bertambah susut.

"Adif jalani kemoterapi di Hospital Ampang dan balik ke Johor ingatkan okay tapi doktor kata sel kanser sudah membesar.

"Baru-baru ini, Adif macam kena strok di rumah dan mujurlah sempat bawa dia ke hospital.

"Sudah dua minggu Adif di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan buat masa ini, isteri (Nur Hidayah Md Zam, 39,) bantu jaga di wad kerana saya bekerja dan perlu juga bawa anak lain ke tempat kerja kerana tiada siapa nak jaga," katanya.

Menurutnya, hatinya dan isteri luluh mengenangkan keadaan anak dan sentiasa berdoa semoga Allah SWT memberi kesembuhan buatnya.

"Sedih tapi ini yang dinamakan takdir Tuhan, jadi sebagai bapa, saya kena ikhtiar untuk bantu anak.

"Bukan nak meminta tapi kalau tak cuba, saya tak tahu. Saya nampak jual kereta itu saja jalannya sekarang kerana pendapatan bulanan pun tak tentu malah ada tanggungan bayar rumah sewa selain menyara keluarga," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membeli kereta berkenaan boleh menghubungi Erwan Shah di talian 017-7033210.

www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1073379/saya-nampak-jual-kereta-saja-jalan-

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 08:26 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:36 PM | Show all posts
Ya ka tahap 1?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:39 PM | Show all posts
kadang2 itu lah, kena ada insuran awal
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah siannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:47 PM | Show all posts
jual kereta kesayangan pon jadi berita ke..normal la wei,,ko akan buat apa saya demi orang2 yg ko sayang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp ramai yg buat kimo tp still mati jugak.. X smua org berkenan ke dgn kimo?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 26-3-2024 10:31 AM
Knp ramai yg buat kimo tp still mati jugak.. X smua org berkenan ke dgn kimo?

Cuba tanya Eliana & Lee chong wei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 26-3-2024 10:31 AM
Knp ramai yg buat kimo tp still mati jugak.. X smua org berkenan ke dgn kimo?

Cuba tanya Eliana & Lee chong wei
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 26-3-2024 10:31 AM
Knp ramai yg buat kimo tp still mati jugak.. X smua org berkenan ke dgn kimo?

Cuba tanya lee chong wei & Eliana
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
GWS.
Semoga Allah angkat penyakit adik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah sedih nye....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:53 PM | Show all posts
shida81 replied at 26-3-2024 06:31 PM
Knp ramai yg buat kimo tp still mati jugak.. X smua org berkenan ke dgn kimo?

There is no one single cure for cancer. In fact there is no cure for cancer. Apa yang kita boleh buat ialah kawal penyebaran. Call it rezeki if you want, sucess rate ofkos berbeza lain orang lain hasilnya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan

Kena carik NGO ni... ada byk NGO biasanya akan beri bantuan..

Kalau buat kimo kat sepital swasta mmg mahal..

Kalau sepital gomen rasanya tak perlu bayar atau ada bayaran tp tak la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:56 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 03:21 PM | Show all posts
makiting replied at 26-3-2024 09:57 PM
Moga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan

Kena carik NGO ni... ada byk NGO biasanya akan beri bant ...

kena tunggu giliran lama agaknya...kalau pergi swasta cepat sikit...barah kan jenis xboleh tggu lama kadang dlm sebulan dr stage 1 boleh p ke stage 2 kalau lambat dpt treatment
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahap 1 sampai kena chemo lagu tu ka??

Kawan2 aiols ada kena cancer tahap 1 or 2... just lazer je... pastu mati le sel2 tu.. no need chemo mahupun radiotherapy
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 02:54 PM | Show all posts
Semoga dipermudah urusan dan diberikan syafakallah kepada anak tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasih bapa sampai ke hujung nyawa

Kasih ibu sampai ke syurga
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.408346 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list