CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3995|Reply: 0

[Sarawak] MASwings umum tiga penerbangan tambahan laluan Kuching-Limbang

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:09 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: MASwings, syarikat penerbangan komuniti serantau untuk Sabah dan Sarawak mengumumkan tiga penerbangan tambahan untuk laluan Kuching-Limbang.

MASwings dalam kenyataan berkata, ia bagi menampung jumlah jangkaan peningkatan penumpang yang pulang semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Katanya, penerbangan tambahan sekali sehari ini bertujuan memudahkan perjalanan untuk penumpang yang berulang-alik antara kedua-dua kawasan dari 8 hingga 14 April 2024.

Ketua Pegawai Operasi MASwings Suresh Singam berkata, permintaan untuk penerbangan di laluan ini setiap kali semasa musim perayaan adalah tinggi.

“Justeru, kami menggalakkan pelanggan untuk mendapatkan tiket mereka lebih awal kerana pada masa ini, kebanyakan penerbangan pada musim puncak ini mengalami kadar penghunian yang kukuh antara 70 hingga 80 peratus.

“Tempat duduk cepat penuh, jadi kami mengesyorkan tempahan segera untuk memastikan rancangan perjalanan anda selamat dan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kru penerbangan dan operasi MASwings sentiasa bersedia untuk memastikan setiap pelanggan sampai ke destinasi mereka dengan cekap dan segera.

“Ia bagi membolehkan mereka menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama orang tersayang atau di destinasi percutian masing-masing,” katanya.

Beliau turut memberitahu, MASwings mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidlfitri kepada semua umat Islam yang meraikan.

Perkhidmatan tambahan dari Kuching ke Limbang akan dikendalikan pesawat MASwings ATR72-500.

Semua tiket termasuk 20 kilogram bagasi berdaftar dan hidangan ringan, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat penerbangan dalam memberikan hospitaliti terbaik selain memastikan keselesaan dan keselamatan semua penumpang sepanjang perjalanan mereka.

Tiket boleh didapati melalui pejabat tiket atau di mana-mana ejen pelancongan yang dilantik di seluruh Malaysia.

Tempahan juga boleh dibuat melalui nombor Pusat Panggilan Malaysia Airlines di 1 300 88 3000.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang destinasi, tambang dan jadual penerbangan sila layari laman web MASwings di www.maswings.com.my.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062728 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list