CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4969|Reply: 0

[Sabah] WARISAN yakin rampas semula kerusi DUN Limbahau

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:39 AM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan sumbangan kepada penerima, turut sama Naib Presiden Datuk Jaujan (belakang, tiga kiri baju putih) dan Ketua Bahagian Papar George Jonik (dua kanan, berbaju warna unggu).

PAPAR: Parti WARISAN yakin mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pada awalnya kerusi DUN Limbahau sememangnya dimenangi WARISAN.

"Itu kita punya kerusi dari awal, biasanya dalam adat rundingan, dimana kerusi yang menang akan dipertahankan.

"Kita boleh runding, yang penting kemenangan dalam pilihan raya itu," katanya ditemui pada Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Asnaf di Kampung Surapit, hari ini.

Berkaitan dengan kerjasama dengan UMNO, Shafie berkata, perkara itu sudah disuarakan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Sabah tetapi tidak dibincangkan secara mendalam.

"Saya suarakan keinginan untuk bersama-sama adakan kerjasama. Kita ikhlas untuk merealisasikan kerjasama dan saya tekankan pentingnya untuk kita dapat pastikan bahawa kepentingan rakyat Sabah dan Sabah diberikan keutamaan.

"Saya faham perkara ini belum diputuskan di majlis tertinggi UMNO ataupun Barisan Nasional (BN) dan WARISAN juga belum kita muktamadkan.

"Kita perlu memperhalusi pembahagian kerusi dan beberapa perkara yang perlu kita bersama-sama wujud persefahaman bagi meneruskan kerjasama ini.
"Ia terpulang kepada pucuk pimpinan UMNO dan BN," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064329 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list