CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5396|Reply: 0

[Sabah] https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/pihak-konsesi-perlu-bertanggungjawab-ketika-melaksanakan-tugas

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:27 AM | Show all posts |Read mode


BANTUAN: Nur izzati (tengah) dan Nurjannah (kiri) ketika menyampaikan bantuan berkenaan kepada mangsa.

TAWAU: Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Negeri Sabah (BKKSPS) mengambil inisiatif menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, di sini.

Timbalan Ketua BKKSPS Nur Izzati Yusuf berkata, program bantuan itu turut mendapat kerjasama daripada BKKSPS kawasan Kalabakan.

Katanya, bantuan itu merupakan program Sinar Kasih Ramadan yang dianjurkan setiap tahun oleh BKKSPS sempena bulan Ramadan.

“Tahun ini kita memilih untuk menghantar bantuan kepada mangsa kebakaran di kampung berkenaan kerana mereka sangat memerlukan perhatian ketika ini.

“Sebanyak 79 bakul makanan, wang tunai dan al-Quran disampaikan kepada setiap ketua isi rumah yang terlibat dalam tragedi itu,” katanya selepas menyampaikan bantuan itu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua BKKS Kalabakan, Nurjannah Jam Jam.

Nur izzati menzahirkan terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin terhadap semua mangsa kebakaran di kampung berkenaan.

“Saya berharap dengan bantuan itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa, lebih-lebih lagi menghadapi bulan Ramadan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah berkata, semua mangsa kebakaran diminta supaya bersabar dengan ujian yang diberikan ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan berkata, walaupun ujian ini sangat berat, tetapi ia perlu ditempuhi dengan berlapang dada dan sabar.

“Saya berharap semua mangsa yang terlibat dimurahkan rezeki dan dapat membina semula rumah mereka yang musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Terdahulu, kebakaran yang berlaku pada 6 Mac lepas membabitkan sebanyak 79 ketua isi rumah dan memusnahkan 52 buah rumah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052268 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list