CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7180|Reply: 11

[Tempatan] Memalukan... Malaysia, Oman tak dibenarkan berlatih di Stadium Nasional

[Copy link]
Post time 25-3-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Memalukan... Malaysia, Oman tak dibenarkan berlatih di Stadium Nasional

https://www.bharian.com.my/sukan ... di-stadium-nasional

Oleh Zulfaizan Mansor - Mac 25, 2024 @ 2:56pm
zulfaizan@mediaprima.com.my


Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy pada sidang media praperlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Oman di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto NSTP/ AZIAH AZMEE

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Oman tidak akan 'mencuba' atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, malam esok.

Kebiasaannya, pasukan bertanding akan diberikan peluang untuk mencuba padang yang akan digunakan untuk perlawanan menerusi sesi latihan rasmi sehari sebelum aksi sebenar.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu tidak akan menjalani latihan di Stadium Nasional dan difahamkan ia berkaitan keadaan padang di stadium itu tidak berada dalam keadaan terbaik.

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy dalam sidang media praperlawanan, hari ini, menjelaskan bahawa pihaknya sudah sedia maklum mengenai keadaan padang Stadium Nasional yang kurang baik.

"Malangnya, kami menerima makluman mengenai cuaca di Malaysia yang kerap hujan dan (padang) tidak akan bersedia dengan baik untuk perlawanan itu.

"Pemain mengetahuinya dan akan bersedia dari segi fizikal, taktikal dan psikologi. Semalam kami dimaklumkan bahawa kami tidak akan berlatih di sana (Stadium Nasional) kerana padang tidak dalam keadaan baik untuk latihan, untuk Malaysia ataupun Oman, situasi tidak bagus untuk kedua-dua pasukan," katanya.

Berdasarkan maklumat disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan akan menjalani latihan di Wisma FAM, manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
"kami dh biasa dr kecik lg main bola time ujan,padang becak,berlumpur....ini memang 'taktikal & strategi' kami"-Pak Belang
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 07:09 PM | Show all posts
Skuau replied at 25-3-2024 05:43 PM
"kami dh biasa dr kecik lg main bola time ujan,padang becak,berlumpur....ini memang 'taktikal & stra ...

Woow...Aneh dan betol-betol mengagetkan jika ini terjadi  di Malaysia ... negara bangsa melayu mahawangsa ... sebuah negara kuasa besar atau superpower dunia dimana pendudukna adalah anak cucu keturunan Nabi besar dan paling mulia  Nabi Ibrahim dan Keturah serta menyandang juga sebagai  Bani Tamim...

Mengapa hal itu boleh terjadi ?

Tunjukkanlah  kepada dunia bahwa hakekat diri anda yang sebenarnya ... Anda adalah bangsa besar .. bangsa paling haibat dan paling suchi, paling mulia, paling smart dan perkasa .... tentu saja anda juga adalah bangsa paling makmur dan kaya  di dunia ....bangsa kaya raya X ada lawan .......

Jangan juga  dilupakan status istimewa anda ... Saat ini anda juga bukan hanya penguasa alam melayu ... tetapi juga penguasa seluruh alam semesta ...... Hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 25-3-2024 07:20 PM

KL hari2 hujan lebat..mohon ummah kedah,pegelih yg skrg tgh mngelupor panas jeles
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 25-3-2024 07:09 PM
Woow...Aneh dan betol-betol mengagetkan jika ini terjadi  di Malaysia ... negara bangsa melayu maha ...

"Hal2 aneh sepertinya ini terjadi kerna..kami indon la yg membina stadium ini..kami la yg memajukan Msia-"Si Indon Dr Gua Hantu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 07:48 PM | Show all posts
Skuau replied at 25-3-2024 07:37 PM
"Hal2 aneh sepertinya ini terjadi kerna..kami indon la yg membina stadium ini..kami la yg memajuka ...

Sudakan pernah diselidiki oleh SPRM ?

Jangan-jangan hal ini yang terjadi ..... project RM 2 billion di dalam kontrak ... tetapi hanya RM 500 milion yang diguna pakai .. sisanya sebesar RM 1.5 billion masuk pocket .....

Maklumilah kerana rasuah dan korupsi adalah perilaku warisan tradisi era empayar melaka yang masih tetap  kekal hingga hari ini di Malaysia ....Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-3-2024 07:37 PM
"Hal2 aneh sepertinya ini terjadi kerna..kami indon la yg membina stadium ini..kami la yg memajuka ...

Indon tu nasib baik je tak kena ban dgn fifa.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 25-3-2024 07:48 PM
Sudakan pernah diselidiki oleh SPRM ?

Jangan-jangan hal ini yang terjadi ..... project RM 2 billi ...


benar pak..asalnya mereka ini datang dari negara Indon...ramai leluhur Indon yg makan rasuah di Msia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-3-2024 07:37 PM
"Hal2 aneh sepertinya ini terjadi kerna..kami indon la yg membina stadium ini..kami la yg memajuka ...

Kesian si nusa menceceh panjang2, chuolls reply pendek je
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari apa ntah dalam berita tv3 menteri kbs kata xde masalah,gambar yg viral padang yg rosak tu katanya gambar lama,tiba2 hari ni lain pulak ceritanya,dyorg ni x ambik pelajaran ke dari apa yg jadi waktu konsert coldplay last year???buat malu nama malaysia je
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 11:34 PM | Show all posts
OK ja bagi aku berlatih kat padang lain.

Padang tu baru nak pulih simpan for the real match.

Coach Oman pun kata small matter.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 12:17 AM | Show all posts
semoga Mesia menang malam nanti iyaaa...haritu meols tengok 1st half je sebab dah mengantuk sangat tapi frust sebab abam matthew davies tak dapat diturunkan tiberrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061118 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list