CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3588|Reply: 7

[Tempatan] Capai RM170 juta tahun lalu, Elrah Exclusive sasar empat kali ganda jualan. Pertaruh 2.7 juta pasang baju untuk Aidilfitri 2024

[Copy link]
Post time 25-3-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode

JENAMA baju melayu popular, Elrah Exclusive meluaskan lagi empayar perniagaan dengan perasmian butik mewah busana baju melayu di Shoppes at Four Seasons Place. Pelancaran cawangan ini juga akan membuka tirai kemeriahan koleksi baju melayu bagi sambutan Aidilfitri 2024.

Menurut pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman, dia mensasarkan jualan empat kali ganda pada tahun 2024 memandangkan sambutan yang diterima pada tahun lalu cukup memberangsangkan. Malah pemilihan dua figura popular, Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad sebagai duta dijangka mampu melonjakkan jualan.
“Alhamdulillah tahun lepas kami berjaya memperoleh RM170 juta untuk jualan Ramadan sahaja. Di pasaran Thailand sahaja jualan kami RM49 juta. Kami mensasarkan pulangan empat kali ganda daripada tahun lepas dan sebab itu kami gandakan produksi baju Melayu untuk pasaran Malaysia, Thailand dan Singapura. Jumlah keseluruhan baju Melayu untuk tahun ini ialah 2.7 juta,” katanya kepada Wanita.
Memperkenalkan dua selebriti popular tanah air, Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy sebagai duta rasmi jenama, jelas El, pemilihan dua figura itu bersesuaian dengan imej ‘gentleman’ yang dibawa.
“Kami meminang Beto pada 2023 setelah produksi baju Melayu siap sepenuhnya dan Alhamdulillah rezeki kami. Beto merupakan wajah baju Melayu Teluk Belanga Luxe dan permintaannya meningkat cukup memberangsangkan. Manakala untuk Sharnaaz, saya memilihnya wajah Baju Melayu Ultimate kerana jambang dan karakternya. Saya telah menjadi model Elrah selama sembilan tahun dan mahu berhenti. Jadi Sharnaaz sebagai pengganti,” tambahnya lagi.
Bertapak lebih sedekad di pasaran Malaysia dan Thailand, tahun 2024 bakal menyaksikan lebih dari 100 warna pilihan yang akan ditawarkan kepada para pelanggan Elrah Exclusive.  Rekaan Elrah Exclusive yang terkenal dengan potongan segak bersama butang unik dan aksesori lainnya bakal tampil lebih mewah dari segi kemasannya di koleksi raya 2024 ini.
Koleksi baju melayu Elrah 2024 ini menggunakan bahan ‘abloh crepe’ berkualiti tinggi, menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Malah jenama ini turut menawarkan aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma serta kotak ekslusif.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 06:26 PM | Show all posts
fuh 170 juta sale tahun lepas je, mantap
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke Pakai elrah ni? Banyak modal ye hire Beto dan nenas
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Dah tentu yg beli kaum Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa ke?
Adakah bakalan jadi mcm Bulan Bintang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 25-3-2024 09:23 PM

Sale 170M?..Patutla ummah merempan tak mampu nak beli baju raya tahun ni..brand rega Tel Aviv ghopenya ..walhal kalo beli kat mydin rm5 pon ado







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2024 09:39 PM | Show all posts
Iols sorang je ke baca elrah nak provide 2.7j pasang baju? Possible ke tu? Mcm target sales mamasab
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersohor ke?

Betul ke?

Baju melayu aku kahwin 2004 dah cerai belas tahun pon elok je lagi dlm lemari tu.

Jantan Malaya mana kat tanahair ni beli baju melayu banyak2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.255592 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list